kisah sirah yg ingin dikongsikan bersama…
KISAH Saidina Umar yang berdepan dengan adiknya, Fatimah yang telah memeluk Islam yang dikira sebagai satu penghinaan kepadanya amat diketahui umum.
Namun sebelum itu, dikisahkan bahawa Umar telah ditegur oleh lelaki dari Bani Zuhrah atau Makhzum, bernama Nu’aym bin Abdullah yang memecahkan rahsia mengenai adiknya yang telah memeluk Islam itu.
Dalam sesetengah riwayat yang lain, dikatakan Nu’aym sebenarnya terdiri dari kalangan kafir Quraisy, bukan yang telah memeluk Islam seperti yang disebutkan sebelum ini.
Maka Nu’aym bertujuan menyindir Umar mengenai Fatimah yang memeluk Islam ketika Umar tergesa-gesa dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad. Apapun niat sebenar Nu’aym itu, menyebabkan Umar mengamuk setiba di rumah adiknya itu.
Umum mengetahui bahawa Fatimah dan suaminya Saad adalah kalangan yang terawal memeluk Islam malah dikatakan kekuatan iman suaminya itu antara 10 orang yang dijamin memasuki syurga.
Ketika Umar sampai ke rumah adiknya itu, beliau terdengar suara yang sedang membaca al-Quran. Iaitu Fatimah dan suaminya sedang belajar membaca al-Quran dengan dibantu oleh seorang sahabat mereka, Khabbab bin Arat.
Khabbab dikatakan dihantar sendiri oleh Nabi Muhammad untuk membantu atau mengajar Fatimah dan Saad membaca al-Quran.
Apabila terdengar mereka membaca al-Quran, kemarahan Umar tidak boleh ditahan-tahan lagi lalu dia mengamuk di hadapan pintu rumah Fatimah.
Semua yang ada dalam rumah itu begitu terkejut dan wajah masing-masing pucat lesi. Namun Fatimah dengan segera menyembunyikan Khabbab dan membuka pintu untuk menghadapi apa juga kemungkinan yang akan berlaku apatah lagi abangnya itu terkenal dengan sikap kejam, tegas dan garang tanpa mengira sesiapa.
Tanpa banyak soal Umar terus bertanya kepada Fatimah: “Apa yang aku dengar tadi?”
“Tidak ada apa-apa!” Kata Fatimah dengan wajah yang agak selamba.
“Aku telah mendengar tadi, jangan bohong! Adakah bacaan yang aku dengar tadi adalah dari Muhammad?” Bentak Umar.
Adik dan ipar Umar menjadi serba salah untuk menjawab.
Lalu Umar bertanya terus kepada iparnya: “Adakah kalian sudah murtad?”
Tanpa sebarang ragu-ragu Saad pun menjawab dengan tenang: “Kami tidak murtad wahai Umar tetapi kami semua telah masuk Islam.”
Belum sempat Saad menyudahkan kata-katanya itu, satu tamparan yang kuat telah singgah ke mukanya sehingga berdarah hidung suami Fatimah itu.
Malah dalam sesetengah riwayat yang lain, Umar bukan sahaja menampar adik iparnya itu malah diterkamnya Saad lalu dihenyak-henyak dengan kakinya sehingga berdarah-darah.
Melihat suaminya teruk dicederakan Umar, Fatimah pun cuba menghalang abangnya itu daripada terus mencederakan Saad. Ini menyebabkan Umar bertambah marah malah adik kesayangannya itu turut menjadi mangsa.
Fatimah juga menurut riwayat Ibnu Ishaq telah teruk dipukul oleh abangnya sehingga cedera dan berdarah. Kejadian teruk dipukul oleh Umar ini menyebabkan Fatimah menangis, bukan kerana menanggung kesakitan tetapi sedih mengenai sikap abangnya itu yang begitu kuat memusuhi Islam.
Sehinggakan adik dan ipar sendiri sanggup dipukul malah dibunuh jika tidak menjadi halangan.
Tangisan Fatimah itu akhirnya menyebabkan hati Umar bertukar menjadi sayu, lembut dan simpati terhadap adiknya itu.
Lalu Umar berkata: “Baiklah, tunjukkan kepada aku helaian yang kamu baca tadi!”
Tetapi Fatimah berkeras tidak mahu menyerahkan helaian-helaian yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran kerana akan diapa-apakan oleh Umar.
Ini menyebabkan Umar terpaksa bersumpah: “Demi Latta dan Uzza, aku tidak akan buat sesuatu yang tidak baik terhadap apa yang kamu baca sebentar tadi!”
Apabila Fatimah melihat Umar semakin lembut, dia pun akhirnya terpaksa berterus terang kepada abangnya itu: “Wahai saudaraku, helaian ini merupakan kata-kata Allah. Oleh kerana engkau bukan kalangan dari orang Islam malah seorang yang masih syirik sedangkan syirik itu merupakan najis.
“Kalau benar engkau hendak membacanya maka hendaklah kamu mandi terlebih dahulu kemudian barulah engkau boleh membacanya.”
Oleh kerana Umar begitu tertarik untuk membaca apa yang telah dibacakan oleh adiknya itu, lalu Umar menuruti sahaja permintaan adiknya itu. Beliau segera mandi membersihkan diri dan bersiap sedia untuk membaca surah-surah al-Quran itu.
Umar yang tidak lagi menunjukkan sikap untuk terus berseteru kemudian diberikan satu helaian yang mengandungi sebahagian dari surah al-Taha. Iaitu ayat 14 yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiku.
Sejurus membaca ayat itu, Umar pun berkata: “Tidak sepatutnya yang empunya kata-kata ini disekutui. Alangkah indah dan mulianya kata-kata ini.”
Umar yang telah bertukar nada 360 darjah itu kemudiannya meminta untuk berjumpa sendiri dengan Rasulullah. Khabbab yang sedari tadi menyorok di rumah Fatimah itu pun keluar dan menawarkan diri untuk membawa Umar bertemu Nabi Muhammad.
“Terimalah berita gembira wahai Umar, sesungguhnya aku sentiasa mengharapkan doa Rasulullah agar engkau memilih jalan Islam akan menjadi satu kenyataan juga akhirnya,” kata Khabbab.
Lalu mereka menuju ke Darul Arqam, rumah milik seorang lagi sahabat, iaitu Al Arqam bin Abi Arqam yang menawarkan kediamannya sebagai pusat pengajian mengenai Islam yang diketuai dan dipimpin oleh Rasulullah.
Masih berpakaian baju perang lengkap pedang tersisip di pinggang, Umar dan Khabbab pun tiba di Darul Arqam yang dikatakan terletak agak tersorok di lereng Bukit Safa yang ketika itu telah tersebar berita mengenai baginda bakal diserang atau dibunuh oleh Umar.
Bersiap sedia
Maka seluruh para pengikut dan sahabat yang berada dalam Darul Arqam itu telah bersiap sedia untuk mempertahankan baginda lebih-lebih lagi bapa saudara baginda, Hamzah bin Abdul Mutalib. Tanpa mereka mengetahui apa yang telah terjadi di rumah adik Umar, Fatimah sebentar tadi.
Sebaik sahaja tiba, Umar pun mengetuk pintu dan menyatakan hajat untuk menemui Rasulullah.
Serentak itu juga, Hamzah bangun dan cuba untuk menghunuskan senjata.
“Biar aku yang bunuh Umar ini dengan pedangku ini,” tegas Hamzah.
Hamzah merupakan satu-satunya lawan atau seteru yang dikatakan boleh mengalahkan Umar walaupun di seluruh kota Mekah, Umar dikatakan seorang yang sangat gagah dan perkasa.
Seperti yang kita selalu baca sebelum ini ketokohan dan kegagahan Hamzah tiada tolok banding malah sanggup menggadaikan nyawa sehingga terkorban demi mempertahankan Islam. Tidak sekadar Nabi Muhammad itu merupakan anak saudaranya.
Namun baginda meminta supaya Hamzah tidak bertindak melulu sehinggalah baginda sendiri membuka pintu dan mempersilakan Umar masuk.
Hamzah terpaksa patuh dan masing-masing seperti menahan nafas apabila Nabi Muhammad memberanikan diri membuka pintu tanpa sebarang pengawal kerana mereka tahu Umar seorang yang sanggup melakukan apa sahaja, menurut nafsu dan amarahnya itu.
Sebaik sahaja Umar melangkah masuk dengan perawakannya yang gagah itu, beliau terus mendekati Nabi Muhammad. Lalu baginda terus memegang hujung baju Umar dan disentapnya dengan kuat sehingga Umar jatuh terduduk di hadapan Rasulullah.
Sambil duduk berhadapan dan bertentang mata dengan Umar, baginda pun bertanya: “Bila lagi kamu hendak menerima Islam wahai Ibnu Al Khattab? Adakah kamu hendak menunggu sehingga ditimpa bala dan ancaman dari Allah? Sebagaimana yang menimpa Al Walid bin al Mughirah? Ya Allah, inilah Umar bin Al Khattab, Ya Allah muliakan Islam dengan Umar bin al Khattab ini!”
Tanpa sebarang banyak pertanyaan apatah lagi cuba melawan lalu Umar pun melafazkan kata-kata yang sangat mengejutkan semua pihak.
“Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan engkau Muhammad adalah Rasulullah!”
Betapa bersyukur seluruh alam apabila Umar yang keras bak batu itu akhirnya tunduk kepada keesaan Allah.
Pengislaman Umar itu tentunya menimbulkan pelbagai reaksi selain begitu mengejutkan orang ramai.
Ikuti keluaran akan datang, bagaimana pengislaman Umar itu memberikan impak yang sangat besar terhadap perkembangan Islam itu sendiri.
Sebelum itu, ingin mengenali Umar dengan lebih dekat lagi?
Seperti yang dipetik dari buku Sejarah Khalifah Rasulullah karya Prof. Dr. Amin Qudah (Terbitan PTS 2009) Umar seperti yang diceritakan sendiri oleh anaknya Abdullah.
Biodata Ringkas 25 Nabi Dan Rasul
Posted 13/04/2012 by Shafi-Q in Sirah Nabi. Tagged: 25 nabi dan rasul, allah swt, Bila / Di Mana Kehidupan Para Nabi, Biodata Para Rasul, Islam, Jumlah 124 Ribu Nabi / Rasul, kisah 25 nabi dan rasul, nabi dan rasul, religion, Sirah Nabi. Leave a Comment
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
.
‘Nabi’
adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan
membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk
menyampaikannya. Manakala ‘Rasul’ adalah manusia yang diberikan wahyu kepadanya untuk diamalkan dan diperintahkan untuk menyampaikannya. Setiap rasul adalah nabi akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul.
.
Firman Allah SWT :يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
“Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan.” (QS. Al Ahzab : 45)
.
Manakala Junjungan besar kita, Muhamaad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah nabi dan rasul terakhir umat manusia.
.
Firman Allah SWT : مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Muhammad itu
sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi
Dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah Allah Maha
mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)
.
Sejak kecil kita seringkali mendengar dan
diceritakan kisah 25 nabi dan rasul. Semua kisah 25 nabi itu
secara umumnya sudah kita ketahui, namun kita tidak dimaklumkan bilakah
mereka itu hidup, usia, tahun kejadian dan peristiwa serta keterangan di
bumi negara manakah kisah mereka berlaku.
.
Firman Allah SWT :وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ
“Dan
Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di
antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada
(pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu.” (QS. Ghafir : 78)
.
Jumlah nabi dan Rasul bukan hanya setakat
25 orang saja tapi lebih dari itu. iaitu ada 124,000 orang, sebagaimana
disebutkan di dalam hadis berikut :
.
Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” (HR At-Tarmizi r.a.)
.
Firman Allah SWT:وَكَمْ أَرْسَلْنَا مِن نَّبِيٍّ فِي الْأَوَّلِينَ ﴿٦﴾
“Berapa banyaknya nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat yang terdahulu.” (QS. Az Zukhruf : 6)
.
.
.
Bila Dan Di Mana Kehidupan Para Nabi?
.
Nama 25 orang itu hanyalah yang nama
mereka disebutkan secara istimewa di dalam Al-Quranul Karim. Terdapat
beberapa catatan, rajah dan analisa oleh para pengkaji sejarah tentang
anggaran masa hidup para nabi, lokasi di mana mereka tinggal dan
beberapa keterangan lain yang dicungkil berdasarkan keterangan, baik
dari Al-Quranul Karim, As-Sunah An-Nabawiyah ataupun fakta-fakta
sejarah.
.
Berikut adalah senarai para nabi dan biodata peribadi mereka masing-masing :
.
1. Nabi Adam
Dianggarkan Baginda hidup pada 5872-4942
SM di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon
disitulah Baginda pertama kali turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan
kaki ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia dan bertemu
dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah. Mereka terus menetap di
sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh para malaikat.
Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25
kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40
anak dan Baginda telah wafat di Jazirah Arabia.
.
2. Nabi Idris
Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari
keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup sekitar tahun
4533-4188 SM. Baginda diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di
Iraq dan Memphis. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam
Al-Quran.
.
3. Nabi Nuh
Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin
Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk
Bani Rasib. Nabi Nuh telah dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-quran dan mempunyai 4
anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahawa Baginda
wafat di Makkah.
.
4. Nabi Hud
Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin
Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 2450-2320 SM. Kaum yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad
yang tinggal di Al-Ahqaf, Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali
dalam Al-Quran. Dan diriwayatkan Baginda wafat di Timur Hadhramaut,
Negeri Yaman.
.
5. Nabi Shaleh
Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari
keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun
2150-2080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di
Madain Shalih, Makkah.
.
6. Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari
keturunan Sam bin Nuh. Baginda dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822
SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di
Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil,
Hebron, Palestin.
.
7. Nabi Luth
Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur
dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang tinggal di negeri Sadum,
Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali dalam
Al-Quran. Baginda mempunyai 2 anak perempuan dan Baginda meninggal di
Desa Shafrah di Syam, Palestin.
.
8. Nabi Ismail
Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur
dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1911-1774 SM dan dianggar menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda
tinggal di Amaliq dan qabilah Yaman, Makkah. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda
meninggal tahun 1779 SM di Makkah.
.
9. Nabi Ishaq
Nabi Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur
dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil
Palestina. Nama Baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam Al-Quran.
di dalam Al-Quran mempunyai 2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron,
Palestina.
.
10. Nabi Ya’qub
Nabi Ya’qub bin Ishaq bin
Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada
Bani Israil di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam
Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda wafat di Alkhalil Hebron,
Palestina.
.
11. Nabi Yusuf
Nabi Yusuf bin Ya’qub
bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1745-1635
SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak lelaki
dan 1 anak perempuan. Baginda wafat di Nablus Palestina.
.
12. Nabi Syu’aib
Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin
Madyan bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1600-1490 SM
dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aykah Madyan. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Madyan.
.
13. Nabi Ayyub
Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari
keturunan Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1540-1420 SM.
Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestin. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 26
anak. Baginda wafat di Huran di Syam.
.
14. Nabi Zulkifli
Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari
keturunan Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus &
sekitarnya. Nama Baginda disebutkan sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran.
Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Damaskus Syiria.
.
15. Nabi Musa
Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub
bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1527-1408 SM dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah
kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak.
Baginda wafat di Tanah Tih.
.
16. Nabi Harun
Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub
bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1531-1408 SM dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah
kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil Mesir. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih.
.
17. Nabi Daud
Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari
keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 1 anak dan
meninggal dunia di Baitul Maqdis, Palestin.
.
18. Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid
dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Rahbaam
Baitul Maqdis, Palestin.
.
19. Nabi Ilyas
Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari
keturunan Harun bin Imran. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di Ba’labak di Syam.
Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda
tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah.
.
20. Nabi Ilyasa’
Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan
Yusuf bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 885-795
SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam.
Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda
wafat di Palestin.
.
21. Nabi Yunus
Nabi Yunus bin Matta dari keturunan
Bunyamin bin Ya’qub. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
820-750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa
di Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran.
Baginda wafat di Ninawa di Iraq.
.
22. Nabi Zakaria
Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari
keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda hidup
pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai
seorang anak sahajan dan Baginda wafat di Syam.
.
23. Nabi Yahya
Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim
dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda
hidup pada tahun 1SM – 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M.
Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Dan wafat di
Damsyik, Syiria.
.
24. Nabi Isa
Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari
keturunan Sulaiman bin Daud. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin Nama Baginda
disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Baginda juga tidak wafat
melainkan diangkat ke sisi Allah.
.
25. Nabi Muhammad
Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul
Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda Dianggarkan Baginda
hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M.
Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta.
Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 5 kali
di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 7 orang anak dan wafat di
Madinah.
.
Firman Allah SWT :مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Bukanlah
Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang
sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul
Allah dan kesudahan (penutup) segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)
.
Demikianlah sejarah ringkas 25 nabi dan rasul. Semoga boleh menjadi rujukan yang bermanfaat.
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Wuduk
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Berwuduk atau mengambil air sembahyang ini bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Ibadah solat yang dilakukan tanpa wuduk adalah tidak sah dan sia-sia.
Diinsafi bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Jangan menganggap remeh jika anda melakukan wuduk dengan tergesa-gesa sehingga terjadi asalkan ambil sahaja. Apabila ada salah satu anggota tubuh kita yang tidak terkena air, maka astagfirullah anggota tubuh yang tidak kena air itu akan terkena api neraka.
.
“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (HR; Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Jika anda sudah berwuduk, maka wajah anda akan menampakkan cahaya, dan air bekas wuduk itu kelak di hari kiamat akan menjadi ‘nur hikmah’.
.
Kegunaan Wuduk
Wuduk merupakan salah satu ibadah khas yang dapat dipakai untuk melakukan solat, tawaf, hendak tidur, jalan keluar rumah, memegang dan membaca Al-Quran serta memelihara jiwa dan raga dari berbagai kecacatan.
Apabila anda telah mencampuri isteri, maka dianjurkan berwuduk, InsyaAllah anda akan kembali kuat. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang diantaramu telah mencampuri isterinya dan kemudian ingin mengulangi, hendaklah ia berwuduk.”
Disunatkan juga berwuduk sebelum memasuki masjid kerana hukumnya makruh sekiranya memasuki masjid tanpa berwuduk terlebih dahulu.
.
.
RUKUN WUDUK
1. Niat – Berniat mengangkat wuduk atau hadas kecil ketika air sampai ke muka:
2. Membasuh muka - Bahagian wajib dibasuh ialah dari sempadan tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dagu dan dari anak telingga kanan hingga ke anak telinga kiri.
3. Membasuh tangan – Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku termasuk celah-celah jari dan kuku.
4. Menyapu kepala – Menyapu air ke atas sebahagian kepala.
5. Membasuh kaki – Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib - Membasuh anggota wuduk mengikut turutan.
.
.
CARA DAN DOA-DOA ANGGOTA WUDUK
.
.
SUNAT-SUNAT WUDUK
- Baca Bismillah
- Bersugi atau berkumur-kumur.
- Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.
- Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
- Memasukkan air ke hidung.
- Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
- Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
- Menyelati janggut yang tebal.
- Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
- Dahulukan anggota kanan.
- Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
- Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.
- Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.
- Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
- Berdoa selepas wuduk.
.
BATAL WUDUK
- Tidur baring dan tidur mengiring.
- Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.
- Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.
- Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.
- Bersentuh kulit berlainan jantina yang bukan muhrim tanpa berlapik.
- Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.
Perhatian:
Menurut satu pandangan dalam Mazhab al-Shafie, wuduk hanya terbatal jika bersentuhan yang menimbulkan syahwat.
Pendapat yang kedua ini yang kita pakai ketika berada di Tanah Suci Makkah semasa melaksanakan ibadat haji kerana keadaan yang terlalu sesak yang menyebabkan sukar untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
.
.
HIKMAT WUDUK
1. Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk.
2. Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.
3. Dapat menghadap Allah SWT. dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.
4. Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.
5. Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.
6. Menghilangkan rasa letih dan malas.
7. Wajah menjadi lebih cerah, ceria dan berseri.
8. Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.
.
RAHSIA DI SEBALIK WUDUK
SOLAT SUNAT WUDUK
Niat Puasa Dan Doa-Doa Berkaitan Puasa Ramadhan (Baru)
DOA, Doa Harian Ramadhan, Puasa, Ramadhan. Tagged: Doa Bagi Orang Yang Memberi Makan, Doa Berbuka Puasa (iftar), Doa Selepas Berbuka Puasa, Doa-Doa Berkaitan Puasa Ramadhan, Niat Puasa Dan Doa-Doa Berkaitan Puasa Ramadhan, Niat Ramadhan. Leave a Comment
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramadhan
al-Mubarak bulan mulia penuh keampunan dan keberkatan yang ditunggu2
bakal menjelang. Maghrib ini kita sama2lah membaca doa2 dan niat di
bawah.
.
Harap penyebaran amalan sebegini dapat
sedikit sebanyak membantu dari aspek memudahkan ibadah puasa umat mu’min
di luar sana. Seboleh-bolehnya puasa kali ini jadi puasa yang betul2
puasa yang diterima oleh Allah SWT. InsyaAllah.
.
DOA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
.
.
RUKUN PUASA
.
1. Niat – Hendaklah berniat puasa wajib, bermula dari tenggelam matahari hingga sebelum terbit fajar untuk puasa keesokannya.
Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang tidak berniat untuk puasa (puasa wajib) sebelum fajar, tiada puasa baginya.” – Hadis riwayat Abu Daud.
.
2. Menahan diri daripada makan, minum,
berjimak dan muntah serta meninggalkan segala perkara yang membatalkan
puasa, mulai terbit fajar sehingga matahari jatuh..
.
.
NIAT PUASA RAMADHAN
1. Syarat Niat Puasa
- Niat harus disebut dalam hati, bukan dengan lisan.
- Ketika berniat, wajib menentukan jenis puasa seperti fardu Ramadhan.
- Waktu berniat puasa ialah selepas terbenam matahari hingga sebelum Subuh.
- Tidak sah niat puasa fardu yang serentak dengan ketibaan waktu fajar.
- Lebih afdal, niat dibuat pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan.
- Diharuskan sekali niat untuk puasa satu bulan Ramadan yang dilakukan pada malam pertama Ramadan.
- Tanpa niat, puasa-puasa wajib seperti nazar dan Ramadan adalah tidak sah.
.
.
2. Lafaz niat puasa:a. Niat puasa Ramadhan sebulan:
.
b. Niat puasa harian pada setiap malam Ramadhan:
.
.
.
DOA-DOA PUASA
.
1. Doa Berbuka Puasa
.
.
2. Doa Berbuka Puasa Di Tempat Lain
.
3. Doa Untuk Orang Yang Memberi Makan
.
4. Doa Selepas Berbuka Puasa
.
atau baca doa ringkas di bawah…
.
5. Doa Pendek Selepas Berbuka Puasa
.
Dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia terutamanya pembaca blog shafiqolbu
ni sendiri. Selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa semua niat
serta doa2 di sini sebab ia akan dibaca pada setiap hari sepanjang bulan
Ramadhan al-Mubarak lagi mulia ini. InsyaAllah.
.
والسلام
Kadar Zakat Fitrah 2012/ 1433H Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia
Posted 21/07/2012 by Shafi-Q in PANDUAN, Puasa, Ramadhan, Tanah Air. Tagged: bagi tahun 1433 H / 2012M, bulan ramadhan, harga beras, INFO Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun Ini Untuk Seluruh Negeri di Malaysia, info mengenai kadar bayaran zakat fitrah, Kadar Zakat Fitrah 2011/ 1432H Mengikut Negeri Di Malaysia, Kadar Zakat Fitrah 2012 Bagi Negeri Seluruh Malaysia, Kadar Zakat Fitrah 2012 Bagi Negeri-negeri, Kadar Zakat Fitrah 2012/ 1433H Mengikut Negeri Bagi Seluruh Malaysia, Pengumuman Zakat Fitrah 1433H / 2012M, Puasa. Leave a Comment
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat
badan, kerana ia diwajibkan oleh Allah SWT bagi setiap individu Muslim
tanpa mengira sama ada kecil, dewasa, lelaki, wanita, merdeka ataupun
hamba. Selagi mana mereka dapat hidup pada dua masa, yakni Ramadhan dan
Syawal walaupun sebentar, maka wajiblah zakat fitrah ke atas mereka.
.
Firman Allah SWT :خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿١٠٣﴾
“Ambillah
(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari
akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu
(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
(Surah At-Taubah (09), ayat 103)
.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, bahawa: “Rasulullah
SAW memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada anak kecil,
orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya daripada orang-orang yang
kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu).” (riwayat Daruquthni daripada Ibnu Umar r.a)
.
.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah
.
Berikut adalah kadar pembayaran zakat
fitrah yang telah ditentukan mengikut negeri di Malaysia tahun 1433H /
2012M. Kadar zakat fitrah pada sepanjang bulan Ramadhan kali ini di
sebahagian besar negeri seluruh negara mengekalkan kadar tahun lepas dan
ada berlaku sedikit penurunan di beberapa negeri.
.
Kadar zakat tahun 1433H / 2012M boleh dilihat pada jadual di bawah :
.
*Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15%, 10% dan 5% hancur (Beras Nasional).
Umat Islam yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60 kilogram bagi tiap seorang.
.
Kadar di Terengganu menurun antara 40
hingga 60 sen disebabkan perubahan kepada pengukuran timbangan satu
Gantang Baghdad daripada 2.7 kilogram (kg) kepada 2.6kg biarpun harga
beras di pasaran tidak berubah berbanding tahun lalu.
.
.
Panduan Pembayar
.
- Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
- Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri.
- Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
.
.
5 Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
.
- Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
.
.
Hikmah Membayar Zakat
.
Zakat Fitrah mempunyai maksud dan hikmah
yang tersendiri. Islam mensyariatkan zakat fitrah, agar setiap orang
yang berpuasa dapat menghayati watak sebenar manusia yang mahu kembali
kepada fitrah.
.
Apabila berpuasa, maka umat Islam dididik
untuk menghayati erti kesusahan, kelaparan dan menginsafi kehidupan dan
zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan
dan erti kelaparan itu.
.
Ramadhan wajib dilunasi dengan memberikan
sedikit kekayaan yang dimiliki kepada orang miskin yang hakikatnya
sentiasa merasai keperitan, dan itulah namanya zakat fitrah.
.
Sebab itulah, orang yang berpuasa dengan
sepenuh hati, maka mereka akan benar-benar memahami kewajipan zakat
fitrah ini dan akan segera menunaikannya, demi mendapat ganjaran besar
di sisi Allah SWT.
.
Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah
SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang
berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang
kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (riwayat Abu Daud).
.
Sabda Rasulullah SAW: “Puasa Ramadhan tergantung antara langit dan bumi (tidak diangkat) melainkan selepas mengeluarkan zakat fitrah.”
.
Kepada seluruh ummat Islam diucapkan Selamat Berpuasa danSelamat Menunaikan Zakat
yang menjadi tanggungjawab wajib kepada Allah dan sesama insan. Semoga
info dan entry ini dapat membantu dan memudahkan antum untuk menunaikan
kewajipan membayar zakat tahun ini. (^_^)
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Solat Sunat Hajat
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Solat Sunat Hajat merupakan
solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam
permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT
dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini
agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah
disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka
hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua
raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan
sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada
cepat ataupun lambat.”
.
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana
pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu
memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau
hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi
agar permintaan mudah dimakbulkan.
.
Solat hajat boleh didirikan secara
bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam
hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas
tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya
lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
.
Solat Sunat Hajat dilakukan dengan
pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling
minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada
sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu
memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai.
Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan
mudah di makburkan.
.
.
FADHILAT SOLAT HAJAT
- Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
- Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
- Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
.
.
.
PANDUAN SOLAT HAJAT
.
Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari
tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah
bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan
diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya
berwarna putih.
Alhakim berkata,“Sesiapa
yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam
Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur
dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.
.
.
.
CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT
.
Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana
solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah
disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:
.
1. Lafaz dan niat:
.
“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
.
2. Bacaan selepas Al-Fatihah
.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)
“ALLaahu la ilaaha illa huwal
hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa
fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa
biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna
bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati
wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah,
tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus
mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur.
Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat
memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah
mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi
langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan
Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
.
.
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah
: Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula
diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
.
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.
.
.
3. Membaca Tasbih
.
a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
.
b. Atau Tasbih berikut 1 kali:
.
.
4. Wirid Selepas Solat Hajat
.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.”
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
.
c. Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
.
.
5. Doa Solat Hajat
.
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
.
.
AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.
.
Sslamat Beramal…!
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Subscribe to:
Posts (Atom)