Umrah Dan Haji

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
,

HAJI

Ibadah Haji mengikut kebiasaan sebutan orang adalah ‘haji besar’ dan ibadah Umrah pula disebut ‘haji kecil’. Musim Haji bermula daripada 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah (hari raya puasa hingga hari raya haji), manakala Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk di luar musim haji. Dari segi syarak pula ianya adalah mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.
 .

Menunaikan Haji

Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima dan ia dikerjakan hanya di sekitar tanah suci Mekah serta masanya hanya dari 9 hingga 13 Zulhijah. Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.
 .
Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97)
 .
Ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan juga mental. Allah membuka ruang dan memudahkan semua hamba-Nya menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepada-Nya serta memohon limpah Rahmat-Nya dan Hidayah-Nya. Ibadat haji adalah satu-satunya peluang keemasan untuk kita mengadap Allah secara lebih dekat.
.
Firman Allah dalam surah al-Hajj: “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada-Mu dengan berjalan kaki, atau mengenderai setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh agar mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari (hari raya haji dan tasyrik) yang telah ditentukan.”
.
Pemergian ke kota Makkah atau Arafah bukan semata-mata perjalanan jasad, tetapi perjalanan ‘rabbani’ iaitu perjalanan berserta ketulusan hati dan rohani ke arah menemui Allah SWT serta mengeratkan jalinan hubungan antara Allah sebagai Khalik (Pencipta) yang menjadikan alam sebagai makhluk-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya.
Firman Allah SWT.: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 196).
.
Haji dan Umrah, kedua-duanya hanya wajib sekali saja seumur hidup dan sunat dikerjakan berulang-ulang kali. Perbezaan jelas antara kedua-duanya ialah haji hanya boleh dikerjakan dalam bulan haji iaitu mulai 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijah.
.
Allah menyediakan ganjaran cukup besar bagi sesiapa yang mengerjakan umrah dan haji pada bulan ini. Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
.
.

Niat Haji dan Umrah

1.  Niat mengerjakan Haji:

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Haji dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.
2.  Niat mengerjakan Umrah:

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya, kerana Allah Ta’ala.
3.  Niat mengerjakan Haji dan Umrah serentak (Haji Qiran):

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِـهِمَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Haji dan Umrah serta berihram dengan kedua-duanya, kerana Allah Ta’ala.
.
.

FADILAT HAJI

Antara hadis Rasulullah SAW yang menghuraikan mengenai kelebihan ibadat haji, umrah dan tanah suci Makkah ialah:
  1. Ibadat haji itu dapat menghilangkan dosa sebagaimana air dapat menghilangkan segala daki.
  2. Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat untuk orang yang mengerjakan haji di Baitullah; 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang bersolat dan 20 rahmat untuk yang memandang kepada Kaabah.
  3. Haji yang mabrur ialah pekerjaan haji yang tidak bercampur dengan dosa sejak ihram hingga Tahalul.
  4. Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan dia tidak merosakkannya dengan sebab bersetubuh dan tidak membuat sebarang maksiat, maka pulangnya kelak seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.
  5. Iringilah hajimu dengan melakukan umrah, kerana kedua-duanya akan menghapuskan kemiskinan dan dosa, laksana relau yang membakar hangus segala kotoran besi, emas dan perak.
  6. Tiadalah ganjaran lain bagi haji yang mabrur melainkan Syurga.
  7. Hujjaj dan Ummar  (Jemaah Haji dan Umrah) semuanya tetamu Allah, jika mereka berdoa kepada-Nya akan diperkenankan, jika mereka pohonkan keampunan akan diampunkan.
  8. Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji yang mabrur tiadalah lain ganjarannya melainkan syurga.
  9. Sesiapa yang sabar menanggung sakit sehari di Makkah, maka Allah tulis pahala amal soleh yang dikerjakan olehnya di luar Makkah sebanyak 60 tahun.
  10. Sesiapa yang bersabar menanggung satu saat panas siang hari di Makkah, Allah akan menjauhkan dia 100 tahun lamanya di neraka Jahanam.
  11. Sesiapa yang meninggal dalam pelayaran ke Tanah Suci Makkah sama ada waktu pergi atau balik, segala dosanya tidak akan dipamerkan dan tidak akan dikira pada hari kiamat (diampunkan).
  12. Siapa yang meninggal di Makkah seolah-olah dia telah meninggal di langit dunia.
  13. Baitullah ini adalah tunjang Islam, siapa yang keluar kerana mengunjunginya untuk mengerjakan haji atau umrah, dia dijamin Allah, jika dia meninggal ia akan dimasukkan ke syurga-Nya, jika dia pulang, pulang dengan ganjaran dan harta.
  14. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ibadat haji adalah seperti perbelanjaan untuk fisabilillah, satu dirham digandakan dengan 700 X.
  15. Satu dari tanda-tanda haji yang diterima ialah; Apabila ia melakukan kebaikan dan amalan melebihi dari sebelum pemergian ke Makkah dan tidak lagi terdorong ke arah perkara-perkara maksiat.
.
.
.
.

SYARAT WAJIB SAH HAJI

Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat:
  1. Islam
  2. Baligh dan berakal (Mukallaf).
  3. Merdeka
  4. Berkemampuan dan berkuasa.
  5. Wanita mesti mendapat izin suami atau wali, dan ditemani oleh suami, mahram atau wanita yang dipercayai.
 .
 .

RUKUN HAJI

1.  Niat ihram
2.  Berwukuf di Arafah.
3.  Tawaf  Ifadah.
4.  Saie di antara Shafa dan Marwah.
5.  Bercukur atau bergunting rambut (Tahalul).
6.  Tertib pada kebanyakan rukun.
Jika tertinggal salah satu rukun atau tidak mengikut syaratnya maka Haji / Umrahnya TIDAK SAH (BATAL) dan terpaksa mengqadakannya semula dengan segera kerana masih di dalam ihram (pantang larang).
.
.

BATAL HAJI

  1. Tidak melakukan semua rukun haji dengan sempurna mengikut syarat-syaratnya.
  2. Tidak melakukan dan hadir sendiri di tempat ibadat dan dalam masa yang ditetapkan, walaupun boleh dengan bantuan orang lain.
  3. Melakukan persetubuhan semasa ihram kecuali sesudah tahallul awal.
  4. Hilang akal atau pengsan sepanjang menunaikan haji.
  5. Membatalkan niat ibadat oleh sesuatu keadaan.
  6. Murtad.
.
.

SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI

  1. Niat ihram di Miqat.
  2. Menjaga larangan dalam ihram.
  3. Bermalam di Mudzalifah.
  4. Melontar Jamrah Al-Aqabah.
  5. Bermalam di Mina.
  6. Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq.
Sekiranya tertinggal salah satu daripadanya HAJI / UMRAHNYA SAH tetapi diwajibkan dam
.


SIMBOLIK RUKUN DAN WAJIB HAJI.

Haji ada sejarah tersendiri di sebaliknya. Tanpa menunaikan satu daripada Rukun atau Wajib Haji, ibadat haji yang dilakukan akan terbatal atau perlu dikenakan denda (dam).
Syarat itu mempunyai simbolik, hikmah dan rahsia peribadatannya atau peringatan kepada jemaah haji. Antaranya adalah:
 RUKUN
 SEJARAH
 HIKMAH

(1)
Memakai
Ihram
. Manusia dilahirkan tanpa pakaian dan matinya dikafan dengan kain putih tidak berjahit.   a. Dapat melahirkan sifat taqwa dan tawaduk. b. Dapat mewujudkan persamaan dan mengadakan perdamaian di antara manusia dari pelbagai darjat, fahaman dan negara.
c. Pakaian yang menyerupai kain kapan, mengingatkan kepada kematian dan bekalan yang akan dibawa ketika menghadap Allah SWT di akhirat.
d. Manusia diutuskan bertujuan menjadi khalifah memakmurkan bumi dengan memelihara segala makhluk.
e. Menyedari bahawa hiasan terpenting dan dinilai Allah adalah hiasan rohani.

(2)  
7 kali Saie
   Siti Hajar berusaha mencari air bagi anaknya Nabi Ismail a.s. dengan berlari berulang-alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah. Setelah bertawakal, akhirnya Allah memberikan nikmat air zam-zam dari perut bumi di tempat Nabi Ismail menghentak-hentakkan kakinya.   a. Dapat menyingkirkan kesalahan dan diampunkan dosa. b. Menggalakkan setiap insan agar sentiasa berikhtiar dan berusaha.
c. Saie bererti usaha, maka manusia harus berusaha dalam menjalani kehidupannya.
d. Manusia jangan mudah putus asa dan harus sentiasa rajin berusaha dan diakhiri dengan bertawakal kepada Allah SWT.

(3)
Wukuf di
Arafah
   -Tempat pertama Allah menerima taubat hamba-Nya. -Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah terbuang ke dua penjuru dunia.
- Nabi Muhammad saw menyampaikan khutbah terakhir yang mengingatkan Muslimin berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah serta semua manusia adalah sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa.
  a. Tempat paling mustajab memohon doa. b. Padang Arafah yang berbahang panas dan terik mengingatkan umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar.
c. Tempat menginsafi dan bermuha-sabah diri sejauh manakah persiapan kita untuk mene-mui Allah Rabbul Jalil.
d. Tempat jemaah haji mengenal Allah dengan merendahkan diri ber-ibadat dan berdoa secara khusyuk.
e. Bersyukur pada Allah kerana terus diberikan kesempatan di bumi ini.

(4)
Tawaf
. -Pusat tumpuan manusia dan binaan yang pertama didirikan di bumi.
- Malaikat juga bertawaf mengelilingi Baitul Makmur yang terletak bersetentangan di atas langit Baitullah bumi.
  a. Simbol pengakuan sebagai hamba Allah, ketaatan dan keikhlasan kepada-Nya. b. Meningkat kesatuan yang menghimpun kaum Muslimin dari seluruh penjuru dunia.
c. Perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan hidup di dunia bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.
d. Di hadapan Kaabah, semua  melakukan ibadat yang sama dengan bertawaf dan solat pada arah yang sama bagi memperoleh reda Illahi.

(5)
Melontar
Jamrah
   Ketika Nabi Ibrahim diberi wahyu menyembelih puteranya, Nabi Ismail berhampiran lereng gunung di Mina, telah muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim dan Siti Hajar supaya membatalkan niatnya. . Menerusi peristiwa inilah umat Islam diwajibkan melontar Jamrah menggunakan kerikil kecil, sebagai simbol mengusir iblis dan syaitan dari dalam diri manusia.

(6)
Tahalul
.
. Nabi SAW  bertahalul dengan menggunting atau mencukur rambut sebagai tanda tamatnya amalan haji. . Simbolik Tahalul adalah manusia harus patuh dalam melakukan perkara yang dibolehkan syariat dan meninggalkan perkara yang dilarang Allah dan Rasul-Nya.

.

Jenis-Jenis Haji

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Jamaah Haji seharusnya mengetahui dan memahami jenis-jenis Haji dan Miqatnya, supaya boleh memilih jenis haji apakah yang paling sesuai baginya dan dari miqat manakah dia patut melakukan ibadahnya.

3 JENIS MEMULAKAN HAJI
Terdapat 3 jenis cara memulakan ibadah haji yang boleh dilaksanakan oleh para jamaah haji, bergantung kepada keadaan, masa dan peluang yang ada pada mereka:
.

1.    Haji Ifrad

Ifrad adalah menunaikan Haji sebelum Umrah dalam musim haji pada tahun yang sama. Iaitu mengerjakan Haji dulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan Umrah. Atau mengerjakan Umrah di luar musim haji kemudian baru menunaikan Haji dalam tahun itu juga. Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.
Haji inilah yang dilakukan oleh Baginda SAW sepertimana disebut hadis yang diriwayatkan oleh Jabir:

وأهل رسول الله صلى الله عليه وسلم بالحج

“Dan Rasulullah SAW berihram dengan menunaikan Haji.”
(Hr Bukhari dan Muslim)
.
Jamaah Haji hanya berniat Ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan dengan menyebut: “Ya Allah! Daku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku.”
.
Kemudian perbanyakkanlah bertalbiah. Apabila memasuki Kota Makkah Jamaah Haji mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil Haram, di mana apabila melihat Baitullah Jamaah Haji bertakbir lantas mengucapkan ‘LA ILAAHA ILLALLAH’ dan bertasbih seterusnya melakukan Tawaf iaitu mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama.. Bagi Jamaah bukan penduduk Makkah lakukanlah ‘Tawaf Qudum’ (Tawaf Selamat Datang). Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Makkah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut.
.
Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, lakukan pula Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram.
.
Apabila tiba hari Tarwiah berangkatlah ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikan Solat Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan berada di sana serta mendirikan Solat Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari Jamaah Haji mula ‘Ifadhah’ (beredar) sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan Solat Maghrib dan Isyak.
.
Apabila terbit matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban), Jamaah Haji ifadhah (beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar. Setelah bermulanya lontaran pertama Talbiah tidak lagi disebut. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat demikian lantas bercukur atau bergunting sebagai bertahallul, dengan demikian Jamaah Haji dihalal semua perkara yang diharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali bersetubuh.
.
Setelah itu Jamaah Haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf Ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah, jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan bertahallul serta dihalalkan baginya bersetubuh.
.
Jamaah Haji kembali semula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah sama ada Jamaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu Jamaah Haji kembali lagi ke Makkah melakukan Tawaf Wida’.
 .
Seorang yang berihram dengan niat haji daripada Miqat Haji. Apabila telah selesai menunaikan haji maka dia berihram dengan Ihram Umrah dengan keluar ketempat paling dekat yang halal dan melakukan kerja-kerja Umrah.
.
.

2.  Haji Tamattuk

Haji Tamattuk adalah melakukan Umrah dahulu, kemudian melakukan haji pada tahun yang sama. Iaitu mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji (Syawal, Zulqaedah, 10 hari pertama Zulhijjah).
Jamaah Haji perlu berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan seperimana dia hendaklah menyebut:
لبيك اللهم بعمرة متمتعا بها إلى الحج اللهم أني أريد العمرة فيسرها لي ,تقبلها مني, نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى (عز وجل)
“Daku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin mengerjakan Haji Tamatuk, Ya Allah! Sesungguhnya daku ingin mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah daripadaku. Daku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.”
.
Disertai lafaz bertalbiah. Kemudian Jamaah Haji lakukan ibadah Umrah sehingga selesai umrahnya (bertahallul). Iaitu ketika sampai di Makkah al-Mukarramah Jamaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting.
.
Kemudian dalam tahun yang sama, iaitu pada Hari Tarwiyah (tarikh 8 Zulhijjah) berniat Ihram Haji dari tempat kediaman di Makkah atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Arafah dengan menyebut:
لبيك حجا اللهم أني أريد الحج فيسره لي، وتقبله مني، نويت الحج وأحرمت به لله تعالى (عز وجل) لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، أن الحمد والنعمة لك والملك، لاشريك لك.
اللهم أني أحرمت شعري وبشري، وجسدي وجميع جوارحي، من الطيب والنساء، ومن كل شيء حرمته على المحرم، وأبتغي بذلك وجهك الكريم، يا رب العالمين
“Daku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya daku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Haji daripadaku. Daku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala. Telah daku penuhi seruanMu, wahai Tuhanku, telah daku penuhi seruanMu, telah daku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah daku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Ya Allah! Diharamkan olehMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yang Dikau haramkan terhadap orang yang berihram, daku mengharapkan pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam.”
.
Seterusnya dia mengerjakan Haji hingga sempurna. sebagaimana Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan.”
.
Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamatuk tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Tamatuk yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.
 .
 .
Dam
Bagi yang mengerjakan haji Tamatuk, sekiranya bukan penduduk Makkah, dia wajib dikenakan Dam dengan menyembelih haiwan korban (seekor kambing / sepertujuh dari lembu / sepertujuh dari unta) pada tarikh 10 Zulhijjah atau di hari-hari Tasyriq (tarikh 11,12,13 Zulhijjah).
.
Jika tidak mampu menyembelih, maka wajib berpuasa 10 hari; 3 hari di waktu haji (boleh dilakukan pada hari-hari Tasyriq. Namun yang lebih utama dilakukan sebelum tarikh 9 Zulhijjah / hari Arafah) dan 7 hari selepas pulang ke kampung halamannya.
Firman Allah SWT: “Maka sesiapa yang berumrah pada bulan2 haji kemudian dia melakukan haji pada tahun yang sama maka dia dikenakan denda iaitu seekor kambing yang di sembelih. Sesiapa yang tidak mampu melaksanakan denda tersebut maka hendaklah dia berpuasa selama tiga hari pada waktu haji dan tujuh hari setelah mana dia sampai di tanah airnya. Maka sempurnalah sepuluh hari. Denda tersebut dikenakan kepada mereka yang bukannya penduduk tanah haram Makkah. “ (196: Al-Baqarah)
.
.
.

3.  Haji Qiran

Haji Qiran ialah berniat menggabungkan atau menghimpunkan Umrah dan Haji pada satu perjalanan musafir (sekali pergi) dalam bulan-bulan Haji dengan berihram dari Miqat Haji.
.
Cara Haji Qiran
a.    Cara  1:  Berniat mengerjakan Haji dengan Umrah serentak dalam bulan haji dengan mengerjakan amalan haji saja.
b.    Cara  2:  Berniat mengerjakan Umrah saja tetapi sebelum Tawaf berniat mengerjakan Haji.
 .
Miqat Makani
Tempat Jamaah Haji dikehendaki berniat Ihram Haji / Umrah dan memakai pakaian ihram.
  1. Di Miqat Qarnul Manazil atau sebelum sampai Miqat, seperti di Kompleks atau dalam kapal terbang sebelum bertolak ke Makkah.Atau;
  2. Bir Ali atau sebelum sampai di Bir Ali seperti di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Makkah.
.
Niat
Jamaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan berkata: “Daku telah memenuhi seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah.”
.
Perlaksanaan Haji Qiran
Kemudian lakukan kerja-kerja haji secara sempurna. Iaitu apabila Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Makkah, dia perlu melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah.
.
Imam Hanafi berpendapat agar Jamaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad, manakala di sisi jumhur memadai bagi Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak.
.
Maka termasuklah amalan Umrah dalam amalan Haji iaitu dengan menegerjakan satu Tawaf dan satu Saie. Ibnu Umar r.a. telah meriwayatkan: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

من أحرم بالحج والعمرة أجزأه طواف واحد وسعي واحد

“Sesiapa yang berihram untuk menunaikan Haji dan Umrah sekali gus, cukuplah dengan satu Tawaf dan satu Saie.”
(Hr Tirmizi)
 .
Dam
Jamaah Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam. Qiran juga dikenakan dam kerana diqiaskan dengan Tamatuk disebabkan kerja Haji Tamatuk lebih banyak dari kerja-kerja Haji Qiran.
.
.

Haji Paling Afdal

Ifrad adalah yang paling baik kerana ianya dilakukan oleh Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir dan Aisyah dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim.
.
Wallahu A’alam Bissowab






والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
IHRAM 

Ihram menurut syarak ialah memulai ibadah haji dan menahan daripada  melakukan perkara-perkara yang ditentukan Allah selama memakai ihram itu. Memakai ihram hendaklah dimulai dari miqat iaitu tempat yang telah ditetapkan bagi memakai pakaian ihram.

Ittiba’ ialah perbuatan seorang lelaki yang berihram meletakkan pertengahan kain selepangnya di bawah ketiak kanannya dan dua hujung kain itu di atas bahu kirinya.
Perbuatan ini adalah sunat bagi orang-orang lelaki mengikut pendapat mazhab Imam As-Shafie, Hanafi, Ahmad dan jumhur ulama’. Ini adalah berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Ya’li bin Umaiyah: “Sesungguhnya Nabi SAW telah bertawaf dalam keadaan ittiba’ dan memakai burad. Burad pula adalah sejenis kain bulu berwarna hitam.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ad-Darini, AlBaihaqi dan At-Tirmidzi, disahihkan hadis ini oleh At-Tirmidzi)
Firman Allah SWT: “Hai anak Adam sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi aurat dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” – (Al-A’ra: 26).
.
.

Adab Ihram

Disunatkan sebelum memakai ihram melakukan perkara-perkara berikut :
  1. Memotong kuku,
  2. Merapikan misai, janggut dan menyikat rambut,
  3. Mencukur bulu ketiak dan ari-ari.
  4. Mandi sunat ihram dan berwuduk.
  5. Solat sunat Ihram dua rakaat.
  6. Memakai haruman.
  7. Memakai dua helai kain putih yang tidak berjahit.
  8. Setelah memakai ihram perbanyakkan membaca talbiah.
 .

a.  Niat Mandi Sunat Ihram

.
.

b.  Niat Solat Sunat Ihram

Lakukan Solat Sunat Ihram 2 rakaat kerana Allah.

Rakaat Pertama : Al-Fatihah dan Al-Kafirun
Rakaat Kedua : Al-Fatihah dan Al- Ikhlas
Setelah Solat Sunat Ihram maka maka pasanglah niat Ihram.
.
.

Larangan Ihram

  1. Memakai pakaian berjahit.
  2. Menutup kepala bagi lelaki.
  3. Menutup muka dan kedua tapak tangan bagi perempuan.
  4. Memakai bau-bauan, krim dan minyak rambut.
  5. Memendekkan kuku tangan dan kaki.
  6. Mencabut atau mencukur rambut.
  7. Melakukan akad nikah.
  8. Bercumbu-cumbuan atau bersetubuh.
  9. Menyakiti, memburu atau membunuh haiwan darat.
  10. Memotong atau mencabut tanaman di tanah suci.
  11. Bergaduh atau bermusuhan.
PERHATIAN:
Lakukan perkara-perkara di atas sebelum berniat Ihram.  Jika sudah berniat ihram maka tidak boleh lagi memotong kuku, menggunting rambut, memakai minyak wangi, minyak rambut dan sebagainya.




MIQAT  
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
.
Miqat adalah sempadan atau batasan dan ianya terbahagi kepada dua bahagaian, iaitu;

1.  Miqat Zamani
Sempadan waktu bagi jemaah haji / umrah memulakan berniat ihram, iaitu sejak permulaan Syawal hingga menjelang terbit fajar Hari Raya Korban, pada 10 Zulhijah.

2.  Miqat Makani

Sempadan tempat jemaah haji / umrah dikehendaki memakai pakaian ihram. Tempat-tempatnya ialah :-
  1. Mekah: Orang Mekah hendaklah memakai ihram mulai di rumah sendiri.
  2. Zulhulaifah (Bi’r Ali): Orang yang melalui dan datang dari Madinah.
  3. Yalamlam: Orang yang datang dari Yaman dan melaluinya seperti India dan Indonesia.
  4. Qarnul Manazili: Orang yang datang dari sebelah Najd dan melaluinya seperti Malaysia.
  5. Zatul ‘Irqin: Orang yang datang dari Iraq dan yang melaluinya.
  6. Al Jahfah: Orang datang dari Mesir, Maghribi, Lubnan dan Syria.
 .

Niat Haji dan Umrah


1.  Niat mengerjakan Haji:

.
2.  Niat mengerjakan Umrah:

.
3.  Niat mengerjakan Haji dan Umrah serentak (Haji Qiran):




 
TAHALUL
Menurut bahasa Tahalul bererti ‘menjadi boleh’ atau ‘dihalalkan’. Dengan demikian Tahalul  ialah diperbolehkan, halal, keluar atau membebaskan diri daripada larangan atau pantangan Ihram dengan mencukur seluruh rambut di kepala atau menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Bagi yang sedia botak, maka hendaklah sekadar melalukan pisau di atas kepalanya.
 .
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya kamu tetap memasuki Masjidil Haram (pada masa ditentukan) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya… .” (Surah Al-Fath, ayat 27)
 .
Bergunting atau bercukur hanya sekali sahaja untuk ibadah haji dan sekali sahaja bagi satu ibadat umrah. Larangan yang dikenakan sebelum itu iaitu ketika ihram dimansuhkan dan perkara yang diharamkan bagi tempoh tertentu kini sudah halal untuk dilakukan. Ia juga bererti menamatkan amalan haji atau umrah untuk keluar daripada ihram.
 .
.
1.  Tahalul Awal    
Melepaskan diri dari keadaan Ihram, setelah melakukan dua di antara tiga perbuatan berikut :
  • Melontar Jamratul Aqabah dan bercukur.
  • Melontar Jamratul Aqabah dan Tawaf Ifadah,
  • Tawaf Ifadah, Saie dan bercukur.
Bercukur atau menggunting rambut boleh dilakukan lebih awal di Mina sebaik saja sampai dari Muzdalifah pada 10 Zulhijjah selepas melontar Jumratul Aqabah. Dihalalkan bagi jemaah haji melakukan segala larangan ihram, kecuali bercumbu-cumbuan, bersetubuh dan akad nikah.
 .
.
2.  Tahalul Thani / Qubra
Melepaskan diri dari keadaan Ihram setelah melakukan secara lengkap ketiga-tiga ibadah berikut:
  • Melontar Jamratul Aqabah.
  • Bercukur dan Tawaf Ifadah,
  • Saie
Tahlul Thani dilakukan selepas bertawaf dan saie haji, sekembalinya ke Makkah selepas selesai wukuf. Iaitu setelah melakukan semua rukun haji termasuk satu wajib haji iaitu melontar Jamratul Aqabah, walaupun belum melontar tiga jamrah dan bermalam di Mina, maka halal semua larangan ihram.
 .
.
3.  Tahalul Tawaf

Pembebasan diri daripada larangan ihram disebabkan tidak berwukuf (berhenti) di Arafah yang menjadikan haji tidak sah, kerana telah meninggalkan rukun haji.
 .
.
Hikmah Bercukur
  1. Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
  2. Rambut yang gugur di bumi Mina, semuanya akan menjadi saksi di akhirat kelak.


TAWAF 
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Tawaf  bererti mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Perbuatan Tawaf diambil daripada peristiwa ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim AS memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Tawaf Haji mesti disertai dengan Wukuf di Arafah.
.
.

Jenis-jenis Tawaf

  1. Tawaf Qudum – Tawaf selamat datang.
  2. Tawaf Ifadah – Rukun.( a. haji   b. Umrah)
  3. Tawaf Nazar – Perjanjian.
  4. Tawaf Tahallul – Penebusan.
  5. Tawaf Sunat – Ziarah.
  6. Tawaf Wada’ – Tawaf selamat tinggal.
.
.

Syarat Sah Tawaf

  1. Suci dari najis dan hadas.
  2. Menutup aurat dan berwuduk.
  3. Memulakan tawaf di sudut Hajarul Aswad.
  4. Berniat tawaf jika tawaf  Wada’ / Sunat /  Nazar.
  5. Tawaf di dalam masjid dengan niat ibadah.
  6. Bahu kiri sentiasa menghala ke Kaabah.
  7. Tidak menyentuh mana-mana bahagian Kaabah.
  8. Cukup 7 kali keliling dengan sempurna dan yakin.
  9. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan
Menurut Mazhab Syafii, tidak batal wuduk ketika bersentuh antara bukan mahram yang tidak berserta dengan syahwat (bernafsu).
.
.

Sunat-sunat Tawaf

  1. Berpakaian putih dan berittibagh (mendedahkan bahu kanan lelaki).
  2. Berjalan kaki
  3. Berturut-turut 7 pusingan.
  4. Tawaf dengan khusyuk / tawadhuk
  5. Berzikir atau berdoa pada setiap pusingan.
  6. Mengucup atau Istilam (melambai-lambai) Hajarul Aswad.
  7. Melambai tangan (Istilam) ketika di penjuru Yamani.
  8. Melakukan ramal (berlari anak) pada tiga pusingan pertama.
  9. Berdoa selepas Tawaf di Multazam atau Hijir Ismail.
  10. Solat sunat dan berdoa di belakang Makam Ibrahim atau Hijir Ismail.
  11. Meminum air zam-zam sebanyak mungkin selepas tawaf.
.
Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته








SAIE 

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ibadah Saie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah.
.
Kedua bukit yang satu sama lainnya berjarak sekitar 405 meter. Ketika melintasi  Bathnul Waadi, iaitu kawasan yang terletak di antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (kini ia ditandakan dengan lampu neon berwarna hijau) para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak, sedangkan untuk jemaah wanita berjalan cepat.
.
Bersaie hendaklah disegerakan selepas melakukan Tawaf Haji atau Umrah. Ibadah Saie boleh dilakukan dalam keadaan tidak berwudhu dan oleh wanita yang datang Haid atau Nifas.
.
.

Syarat-Syarat Saie

  1. Dilakukan selepas Tawaf Rukun / Tawaf Qudum
  2. Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah
  3. Cukup 7 kali dengan yakin dikira daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa
  4. Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan di Marwah
  5. Hendaklah saie di Batnu Al-Wadi (tempat yang termaklum)
  6. Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Saie
 .
‘Bathnul Waadi’ - Kawasan di antara dua lampu neon berwarna hijau yang terletak di pertengahan antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (disunatkan berlari-lari anak / berjalan cepat).
.
.

Sunat-Sunat Dalam Mengerjakan Saie

1.   Keluar ke tempat Saie melalui Bar As-Safa (pintu Safa) – terletak berdekatan dengan lampu hijau dalam bangunan masjid yang berbumbung, yang bersetentangan dengan Hajar Aswad, yang merupakan garis permulaan Tawaf.
.
2.   Menaiki bukit Safa / Marwah hingga sampai ke kawasan berbatu di bukit sambil membaca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم

.
3.   Mengadap Qiblat dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah

الله أكبر الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد 

.
4.   Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda lampu neon hijau atau tiang hijau

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ

.

5.    Menaiki hingga sampai ke kawasan berbatu di Bukit Marwah. (Sekarang ini kawasan adalah batu-batu di Bukit Marwah iaitu selepas pembesaran oleh pihak Saudi adalah batu replika sahaja) – sambil membaca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم

.
6.   Muwalat (berturut-turut)
7.   Suci dari hadas kecil dan besar
8.   Berjalan kaki
9.   Berdoa atau berzikir atau membaca al-Quran semasa melakukan Saie.
 .
.
Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته






 

WUKUF DI ARAFAH  
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Wukuf bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika (sekalipun satu saat dalam apa juga keadaan).
Masanya bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) pada hari ke 10 Zulhijjah.
Waktu afdalnya adalah berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih disukai Allah dalam melaksanakan amalan soleh daripada hari-hari ini, iaitu 10 hari pada Zulhijah.”
.
.

ARAFAH

..
Di Arafah terdapat Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) di Gunung Arafat yang menjadi tumpuan umat berdoa. Di bukit ini didirikan sebuah tugu putih bagi mengenang pertemuan antara Nabi Adam a.s dan Hawa setelah mereka dikeluarkan dari syurga dan dipisahkan di dua daratan.
Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda melakukan wukuf. Wahyu tersebut bermula dalam surah al-Maidah.
.
Pada Hari Arafah, di sekitar Masjid Namirah iaitu lokasi bersejarah yang menjadi tempat perkhemahan Rasulullah SAW dan sahabat Baginda sebelum tiba waktu untuk Wukuf, akan kelihatan ribuan manusia.
Situasi sama juga kelihatan di lokasi bersejarah lain seperti (Bukit) Jabal Rahmah dan di kaki bukit inilah terdapat batu tempat Rasulullah SAW berwukuf.
Selain ada yang berjalan, terdapat juga jemaah yang duduk di dalam ratusan ribu khemah yang didirikan di seluruh Padang Arafah yang berkeluasan 10 kilometer persegi tersebut.
 .
.

Hari Arafah

Hari Arafah adalah antara hari-hari yang paling afdal di sisi Allah SWT. Daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah.”

Berwukuf di Padang Arafah adalah kemuncak Ibadah Haji dan ia merupakan Rukun Haji yang utama kerana ianya membezakan Haji dan Umrah. Pada Umrah, tiada Wukuf di Arafah. Rasulullah SAW bersabda: “Haji itu adalah wukuf di Arafah.”
Hari Arafah juga adalah hari Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakannya, daripada api neraka. Keesokannya adalah hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam bagi menzahirkan kegembiraan serta kesyukuran ke hadrat Ilahi. 
.
.

Haji Akbar

Sekiranya Wukuf jatuh pada hari Jumaat, ia digelar Haji Akbar dan para jemaah harus memanafaatkannya kerana ia mempunyai kelebihan menunaikan 70 kali haji.
Ketika Nabi Muhammad SAW Wukuf di Arafah pada hari Jumaat, 9 Zulhijjah Tahun 9 Hijrah, turunnya wahyu ayat terakhir al-Quran: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.”  Surah Al-Ma’idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan baginda pun wafat.
.
.

Syarat Berwuquf

  1. Telah berihram dengan niat haji
  2. Seorang yang beribadat (tidak gila / tidak mabuk / tidak hilang akal sepanjang masa)
  3. Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu wuquf.
.
.
.
.

Amalan-Amalan Berwuquf Di Arafah

 Dalam usaha untuk lebih mendekati diri kepada Allah SWT sepanjang berada di Arafah, jemaah haji digalakkan melakukan ibadah dan amalan-amalan sunat berwukuf, antaranya:
  1. Mandi sunat wukuf.
  2. Bertaubat
  3. Solat berjemaah
  4. Solat Jamak dan Qasar Zuhur dan Asar.
  5. Membaca Al-Quran
  6. Memperbanyakkan ucapan:
    • Bertalbiah diselangi dengan doa.
    • Bertasbih, bertahmid, bertahlil.
    • Berdoa bersungguh-sungguh.
    • Berzikir dan pujian kepada Allah SWT.
  7. Kuliah fadilat Arafah.
  8. Solat-solat sunat
  9. Qiyamulail.
 .
.

Hikmah Wukuf

  1. Menimbulkan rasa kekerdilan diri lantaran mengingati dan menyaksikan kebesaran Allah.
  2. Membentuk diri menjadi Muslim yang berjiwa ikhlas dan berakhlak mulia.
  3. Menjadi hamba Allah yang bersyukur terhadap segala Anugerah-Nya.
  4. Melahirkan sifat kemanusiaan dan kesetiakawnan tinggi.
  5. Melahirkan rasa kerelaan untuk melakukan pengorbanan pada insan lain.
  6. Meningkatkan tahap keimanan dan ktakwaan kepada Allah.
 .
.

Amalan Bagi Yang Tidak Menunaikan Haji

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan sunat lain pada hari itu.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
.
.
Niat Puasa Hari Arafah;

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.
.
Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
.
Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya diusahakan berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya itu.

وسلام




DOA MALAM ARAFAH 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Doa Malam Arafah adalah doa ketika jemaah haji berada di Padang Arafah pada 09 Zulhijjah. Doa ini tidak hanya dibaca oleh jemaah haji tetapi juga dianjurkan bagi semua kaum muslimin.
Dengan doa ini diharapkan kita terjaga dari segala bencana, dan disampaikan oleh Allah SAW pada hajat dunia dan akhirat yang kita harapkan. Lebih khusus lagi dengan doa ini kita doakan semoga ibadah haji saudara-saudara kita menjadi haji yang mabrur, diredhai oleh Allah SWT, diberi kesihatan yang baik dan diselamatkan dari segala bencana. Berikut ini di antara bahagian dari rangkaian kalimat doa Malam Arafah:
.
.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
.

اللهم صل على محمد وآل محمد

Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya.
.

اَللّهُمَّ يَا شَاهِدَ كُلِّ نَجْوى، وَمَوْضِعَ كُلِّ شَكْوى، وَعالِمَ كُلِّ خَفِيَّة، وَمُنْتَهى كُلِّ حَاجَة، يا مُبْتَدِئًاً بِالنِّعَمِ عَلَى الْعِبادِ، ياكَريمَ الْعَفْوِ، يَا حَسَنَ التَّجاوُزِ، يَا جَوَادُ يَا مَنْ لا يُوَارِي مِنْهُ لَيْلٌ دَاجٍ، وَلاَ بَحْرٌ عَجَّاجٌ، وَلاَ سَمَآءٌ ذَاتُ اَبْرَاجٍ، وَلاَ ظُلَـمٌ ذَاتُ ارْتِتَاجٍ، يَا مَنِ الظُّلْمَةُ عِنْدَهُ ضِيَآءٌ

Allâhumma yâ Syâhidu kulli najwâ. Wa maudhi‘a kulli syakwâ. Wa ‘âlima kulli khafiyyah. Wa muntahâ kulli hâjah. Yâ mubtadian binni’ami ‘alal ‘ibâd.Yâ Kârimal ‘afwi. Yâ hasanat tajâwuz. Yâ Jawâd. Yâ man lâ yuwârî minhu laylun dâjin, wa lâ bahrun ‘ujjâjin, wa lâ samâun dzâta abrâjin, wa lâ zhulmun dzâtartiyâjin. Yâ manizhzhulmatu ‘indahu dhiyâun.
Ya Allah! Wahai Yang Menyaksikan setiap rintihan. Wahai Tumpuan setiap pengaduan. Wahai Yang Mengetahui semua rahasia. Wahai Akhir dari segala keperluan. Wahai Yang Memulai dengan kenikmatan pada semua hamba-Nya. Wahai yang mulia ampunan-Nya. Wahai yang baik maghfirah-Nya. Wahai Yang Maha Dermawan. Wahai Yang dari-Nya tidak tersembunyi kegelapan malam, lautan yang berderu, langit yang berawan tebal dan gelap bercampur badai. Wahai Yang di sisi-Nya gelap menjadi cahaya.
.

اَسْاَلُكَ بِنُورِ وَجْهِكَ الْكَرِيمِْ الَّذِى تَجَلَّيْتَ بِهِ لِلْجَبَلِ فَجَعَلْتَهُ دَكَّاً وَخَرَّ موُسَى صَعِقاً

As-aluka binûri wajhikal karîm alladzî tajallayta bihi liljabali faja’altahu dakkaw wa kharra mûsa sha’iqa.
Aku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu yang mulia, yang bila Kau tampakkan pada gunung ia hancur dan Musa pun jatuh tersungkur.
.

وَبِاِسْمِكَ الَْمخْزُوْنِ الْمَكْنُوْنِ الْمَكْتُوْبِ الطّاهِرِ الَّذِى اِذَا دُعِيْتَ بِهِ اَجَبْتَ، وَاِذا سُئِلْتَ بِهِ اعَطْيَتْ

Wa bismikal makhzûnil maknûn, al maktûbith thâhiri alladzî idzâ du‘îta bihi awjabta wa idzâ suilta bihi a‘thayta.
Dengan asma-Mu yang tersimpan kokoh, yang tertulis dan suci, yang bila berdoa kepada-Mu dengannya Kau ijabahi, dan bila meminta Kau memberi.
.

وَبِاِسْمِكَ السُّبوُّحِ الْقُدُّوسِ الْبُرْهَانِ الَّذِى هُوَ نوُرٌ عَلَى كُلِّ نُورٍ وَنوُرٌ مِنْ نوُرٍ يُضِيْىُ مِنْهُ كُلُّ نوُر، اِذَا بَلَغَ الاَْرْضَ انْشَقَّتْ، وَاِذَا بَلَغَ السَّمَاوَاتِ فُتِحَتْ، وَاِذَا بَلَغَ الْعَرْشَ اهْتَزَّ

Wa bismikassubûhil quddûsil burhân alladzî huwa nûrun ‘alâ kulli nûr, wa nûrun minnûrin yudhîu minhu kulli nûr, idzâ balaghal ardha insyaqqat, wa idzâ balaghas samâa futihat, wa iddza balaghal ‘arsya ihtazzat.
Dengan asma-Mu yang suci, yang quddus dan jelas, yang berupa cahaya di atas semua cahaya, cahaya dari cahaya yang menyinari sumua cahaya. Yang jika sampai ke bumi ia terbelah, bila sampai ke langit ia terbuka, dan bila sampai ke arasy ia bergoncang.
.

يَا مُجِيْبُ اَسْاَلُكَ بِحَقِّ هَذِهِ الاَْسْمَاءِ وَبِهَذِهِ الدَّعَوَاتِ اَنْ تَغْفِرَ لَنَا مَا قَدَّمْنَا وَما اَخَّرْنَا وَمَا اَسْرَرْنَا وَمَا اَعْلَنَّا وَمَا اَبْدَيْنَا وَمَا اَخْفَيْنَا وَمَا اَنْتَ اَعْلَمُ بِهِ مِنَّا اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Yâ mujîbu, as-aluka hihaqqi hâdzihil asmâi wa bihâdzihid da‘awâti, an taghfira lanâ mâ qaddamnâ wa mâ akhkharnâ, wa mâ asrarnâ wa mâ a‘lannâ, wa mâ abdaynâ wa mâ akhfaynâ, wa Anta a‘lamu bihi minnâ, innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr, birahmatika yâ Arhamar râhimîn.
Wahai Yang Maha Mengijabah doa. Dengan hak semua nama dan doa yang telah aku sebutkan. Aku memohon kepada-Mu, ampunilah dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang, yang kami sembunyikan dan yang kami tampakkan, Engkau lebih mengetahui daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ampunilah dosa-dosa kami dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.
.

يَا حَافِظَ كُلِّ غَرِيْبٍ، يَا مُونِسَ كُلِّ وَحِيْدٍ، يَا قُوَّةَ كُلِّ ضَعِيْفٍ، يَانَاصِرَ كُلِّ مَظْلوُمٍ يَارَازِقَ كُلِّ مَحْرُوْمٍ، يَا مُوْنِسَ كُلِّ مُسْتَوْحِشٍ، يَا صَاحِبَ كُلِّ مُسَافِرٍ، يَا عِمَادَ كُلِّ حَاضِرٍ، يَا غَافِرَ كُلِّ ذَنْبٍ وَخَطيئَة

Yâ Hâfizha kulli gharîb. Yâ Mûnisa kulli wahîd. Yâ Quwwata kulli dha‘îf. Yâ Nâshira kulli mazhlûm. Yâ Râziqa kulli mahrûm. Yâ Mûnisa mustawhisyin. Yâ Shâhiba kulli musâfir. Yâ ‘Imâda kulli hâdhir. Yâ Ghâfira kulli dzanbin wa khathîah.
Wahai Yang Menjaga setiap yang terasing. Wahai Yang Menghibur setiap yang sendirian. Wahai Yang Menguatkan setiap yang lemah. Wahai Yang Menolong setiap yang teraniaya. Wahai Yang Memberi rizki setiap yang terhalangi. Wahai Yang Menghibur setiap yang terhempas. Wahai Yang Menemani setiap musafir. Wahai Yang Menjaga setiap muqimin. Wahai Yang Mengampuni semua dosa dan kesalahan.
.

يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ، يَا صَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ، يَا كَاشِفَ كُرَبِ الْمَكْرُوْبِيْنَ، يَافَارِجَ هَمِّ الْمَهْمُوْمِيْنَ، يَابَدِيْعَ السَّمَاوَاتِ وَالاَْرَضِيْنَ، يَامُنْتَهَى غَايَةَ الطّالِبِيْنَ، يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ، يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ، يَا دَيَّانَِ يَوْمِ الدِّيْنِ

Yâ Ghiyâtsal mustaghîtsîn. Yâ Shârîkhal mustashrikhîn. Yâ Kâsyifa karbil makrûbîn. Ya Fârija hammil mahmûmîn. Yâ Badî‘as samâwâti wal aradhiyîn. Yâ Muntahâ ghâyatith thâlibîn. Ya Mûjîba da‘watil mudhtharrîn. Yâ Arhamar râhimîn. Yâ Rabbal ‘alamîn. Ya Dayyâna yawmid dîn.
Wahai Yang Melindungi setiap yang memohon perlindungan. Wahai Yang Menolong setiap jeritan para pencari pertolongan. Wahai Yang Menghilangkan derita orang-orang yang menderita.Wahai Yang Menggembirakan duka orang-orang yang berduka. Wahai Yang Menciptakan langit dan bumi. Wahai Akhir tujuan para pengharap. Wahai Yang Memperkenankan doa orang-orang yang sengsara. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Tuhan alam semesta. Wahai Yang Membalas pada Hari Pembalasan.
.

يَا اَجْوَدَ اْلاَجْوَدِيْنَ، يَا اَكْرَمَ اْلاَكْرَمِيْنَ، يَا اَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ، يَا اَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ، يَا اَقْدَرَ الْقَادِرِيْنَ

Yâ Ajwadal ajwadîn. Yâ Akramal akramîn. Yâ Asma‘as sami‘în. Yâ Absharan nâzhirîn. Yâ Aqdaral qâdirîn.
Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang dermawan. Wahai Yang Paling Mulia dari semua yang mulia. Wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang mendengar. Wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat. Wahai Yang Maha Kuasa dari semua yang berkuasa.
.

اِغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُغَيِّرُ النِّعَمَ

Ighfir liyadz dzunûbal latî tughayyirun ni‘am.
Ampunilah dosa-dosaku yang merubah kenikmatan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُوْرِثُ النَّدَمَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tûritsun nadam.
Ampunilah dosa-dosaku yang mewarisi penmyesalan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتِى تُوْرَثُ السَّقَمَ

Waghfir liyadz dzunubal latî tûritsus saqam.
Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تَهْتِكُ الْعِصَمَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tahtikul ‘isham.
Ampunilah dosa-dosaku yang meruntuhkan penjagaan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتى تَرُدُّ الدُّعآءَ

Waghfir liyadz dzunubal latî taruddud du‘â’.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan doa.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتى تَحْبِسُ قَطْرَ السَّمَآءِ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tahbisu qathras samâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan turunnya hujan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُعَجِّلُ الْفَنَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tu‘ajjilul fanâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang mempercepat kebinasaan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوبَ الَّتِى تَجْلِبُ الشَّقَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tajlibusy syaqâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan penderitaan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُظْلِمُ الْهَوَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tuzhlimul hawâ.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengelapkan hati.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تَكْشِفُ الْغِطَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî taksyiful ghithâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengungkap tirai.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتى لاَ يَغْفِرُهَا غَيْرُكَ يَا اَللهُ

Waghfir liyadz dzunûbal latî lâ yaghfiruhâ ghayruka yâ Allâh.
Ampunilah dosa-dosaku yang tiada memaafkannya kecuali Engkau, ya Allah.
.

وَاحْمِلْ عَنِّى كُلَّ تَبِعَة لاَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، وَاجْعَلْ لِى مِنْ اَمْرِى فَرَجاً وَمَخْرَجاً وَيُسْراً، وَاَنْزِلْ يَقينَكَ فِى صَدْرِى، وَرَجَآءَكَ فِى قَلْبِى حَتَّى لاَ اَرْجُوَ غَيْرَكَ

Wahmil ‘annî kulla tabî‘atin liahadin min khalqika. Waj’allî min amrîfarajan wa makhrajan wa yusrâ. Wa anzil yaqînaka fî shadrî wa rajâaka fî qalbî, hattâ lâ arju ghayraka.
Jauhkan dariku setiap akibat buruk dari makhluk-Mu. Jadikan urusanku kebahagiaan bagiku, jalan keluar dan kemudahan. Tanamkan ke dalam dadaku keyakinan pada-Mu, dan ke dalam kalbuku harapan pada-Mu. Sehingga aku tidak berharap kepada selain-Mu.
.

اَللَّهُمَّ احْفَظْنِى وَعَافِنِى فِى مَقَامِى وَاصْحَبْنِى فِى لَيْلِى وَنَهَارِى وَمِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِيْنِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَمِنْ تَحْتِى

Allâhummahfazhnî wa ‘âfinî fî maqâmî. Washhabnî fî laylî wa nahârî wa min bayni yadayya wa min khalfî wa ‘an yamînî wa ‘an syimâlî wa min fawqî wa min tahtî.
Ya Allah! Jagalah daku dan selamatkan daku dalam keadaanku ini. Temani daku pada malam dan siangku, di depan dan di belakangku, di kanan dan kiriku, di atas dan di bawahku.
.

وَيَسِّرْ لِىَ السَّبِيْلَ، وَاَحْسِنْ لِىَ التَّيْسِيْرَ، وَلاَ تَخْذُلْنى فِى الْعَسِيْرِ، وَاهْدِنِى يَا خَيْرَ دَليْلٍ، وَلاَ تَكِلْنِى اِلِى نَفْسِى فِى اْلاُْموُرِ، وَلَقِّنِى كُلَّ سُرُوْرٍ

Wa yassir liyas sabîla, wa ahsin liyat taysîr. Wa lâ takhdzulnî fil ‘asîr. Wahdinî yâ khayra dalîl. Wa lâ takilnî ilâ nafsî fil umûri, wa laqqinî kulla surûr.
Mudahkan daku dalam perjalanan. Muliakan daku dengan kemudahan. Jangan hinakan daku dengan kesulitan. Berilah daku petunjuk Wahai Pemberi petunjuk yang terbaik. Jangan biarkan aku sendirian dalam segala urusanku. Karuniakan padaku setiap kebahagiaan.
.

وَاقْلِبْنِى اِلَى اَهْلِى بِالْفَلاَحِ وَالنَّجَاحِ مَحْبوُراًً مَحْبوُراً فِى الْعاجِلِ وَالاَْجَلِ اِنَّكَ عَلى كُلِّ شَىْء قَديرٌ

Waqlibnî ilâ ahlî bil falâhi wan najâhi mahbûran fil âajili wal âjili. Innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr.
Kembalikan daku pada keluargaku dengan keberuntungan dan keselamatan yang dihiasi kebahagiaan, cepat atau lambat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
.

وَارْزُقْنى مِنْ فَضْلِكَ، وَاَوْسِعْ عَلَىَّ مِنْ طَيِّباتِ رِزْقِكَ، وَاسْتَعْمِلْنى فى طاعَتِكَ، وَاَجِرْنى مِنْ عَذابِكَ وَنارِكَ، وَاقْلِبْنى اِذا تَوَفَّيْتَنى اِلى جَنَّتِكَ بِرَحْمَتِكَ

Warzuqni min fadhlika, wa awsi‘ ‘alayya min thayyibâti rizqika. Wasta‘milnî fî thâ‘atika, wa ajirnî min ‘adzâbika wa nârika. Waqlibnî idzâ tawaffaytanî ilâ jannatika birahmatika.
Anugerahkan padaku karunia-Mu. Luaskan bagiku rizki-Mu yang baik. Anugerahkan padaku kekuatan beramal untuk beramal dalam ketaatan pada-Mu. Selamatkan daku dari siksa-Mu dan neraka-Mu. Masukkan daku ke surga-Mu dengan rahmat-Mu ketika aku kembali kepada-Mu.
.

اَللّهُمَّ اِنّى اَعوُذُ بِكَ مِنْ زَوالِ نِعْمَتِكَ، وَمِنْ تَحْويلِ عافِيَتِكَ، وَمِنْ حُلوُلِ نَقِمَتِكَ وَمِنْ نُزوُلِ عَذابِكَ، وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ، وَدَرَكِ الشِّقَآءِ، وَمِنْ سُوءِ الْقَضَآءِ، وَشَمَاتَةِ الاَْعْدَآءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمآءِ، وَمِنْ شَرِّ مافِى الْكِتَابِ الْمُنْزَلِ

Allâhumma innî a‘ûdzubika min zawâli ni‘matika, wa min tahwîli ‘âfiyatika, wa min hulûli niqmatika, wa min nuzûli ‘adzâbika, wa a‘ûdzubika min juhdil balâi wa darakisy syaqâ’, wa min sûil qadhâi wa syamâtatil a‘dâi, wa min syarri mâ yanzilu minas samâi, wa min syarri mâ fil kitabil munzal.
Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari: hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesalamatan-Mu, datangnya siksa dan azab-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari bala’ yang berat dan kesengsaraan, dari takdir yang buruk dan kejahatan musuh-musuh-Mu, dari keburukan yang datang dari langit dan keburukan yang disebutkan dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Rasul-Mu.
.

اَللّهُمَّ لا تَجْعَلْنِى مِنَ الاَْشْرَارِ، وَلاَ مِنْ اَصْحَابِ النَّارِ، وَلاَ تَحْرِمْنِى صُحْبَةَ الاَْخْيَارِ، وَاَحْيِنِى حَيَاةً طَيِّبَةً وَتَوَفَّنِى وَفَاةً طَيِّبَةً تُلْحِقْنِى بِالاَبْرَارِ، وَارْزُقْنِى مُرَافَقَةِ الاَنْبِيَآءِ فِى مَقْعَدِ صِدْقِ عِنْدَ مَلِيْكٍ مُقْتَدِر

Allâhumma lâ taj’alnî minal asyrâri. Wa lâ min ashhâbin nâri. Wa lâ tahrimnî shuhbatal akhyâri. Wa ahyinî hayâtan thayyibah. Wa tawaffanî wafâtan thayyibatan tulhiqunî bil abrâr. Warzuqnî murâfaqatal ambiyâi fî maq‘adi shidqin ‘inda malîkin muqtadir.
Ya Allah, jangan golongkan aku dengan orang-orang yang buruk dan penghuni neraka. Jangan halangi aku untuk bersahabat dengan orang-orang yang baik. Hidupkan aku dengan kehidupan yang baik. Matikan aku dengan kematian yang baik yang menyusulkan aku pada orang yang baik. Anugerahkan padaku persahabatan dengan para Nabi di tempat yang benar di sisi Penguasa Yang Maha Kuasa.
.

اَللّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى حُسْنِ بَلاَئِكَ وَصُنْعِكَ، وَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى الاِْسْلاَمِ وَاتِّبَاعِ السُّنَةِ

Allâhumma lakal hamdu ‘ala husni balâika wa shun’ika. Wa lakal hamdu ‘alal islâmi wattibâ‘is sunnah.
Ya Allah, segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu. Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada agama Islam dan mengikuti sunnah Nabi-Mu.
.

يَا رَبِّ كَمَا هَدَيْتَهُمْ لِدِيْنِكَ وَعَلَّمْتَهُمْ كِتَابَكَ فَاهْدِنَا وَعَلِّمْنا

Yâ Rabbi, kamâ hadaytahum lidînika wa ‘allamtahum kitâbaka fahdinâ wa ‘allimnâ.
Ya Rabbi, sebagaimana telah Kau tunjuki mereka pada agama-Mu dan Kau ajarkan kepada mereka kitab-Mu, maka tunjuki kami dan ajari kami.
.

وَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى حُسْنِ بَلائَِكَ وَصُنْعِكَ عِنْدِى خَآصَّةً كَمَا خَلَقْتَنِى فَاَحْسَنْتَ خَلْقِى، وَعَلَّمْتَنِى فَاَحْسَنْتَ تَعْلِيْمِى، وَهَدَيْتَنِى فَاَحْسَنْتَ هِدَايَتِى. فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى اِنْعَامِكَ عَلَىَّ قَدِيْماً وَحَدِيْثاً

Falakal hamdu ‘alâ husni balâika wa shun‘ika khâshshatan. Kamâ khalaqtanî fa-ahsanta khalqî. Wa ‘allamtanî fa-ahsanta ta‘lîmî. Wa hadaytanî fa-ahsanta hidâyatî. Falakal hamdu ‘alâ in‘âmika ‘alayya qadîman wa hadîtsan.
Segala puji bagi-Mu yang telah membawa daku pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu secara khusus bagiku. Sebagaimana Kau ciptakan daku lalu Kau jadikan aku dengan ciptakan yang baik, Kau ajari daku lalu Kau baguskan pengajaran padaku. Kau tunjuki daku lalu Kau baguskan petunjuk bagiku.
Segala puji hanya milik-Mu puji atas segala nikmat yang telah Kau berikan padaku yang dahulu atau yang baru.
.

فَكَمْ مِنْ كَرْبٍ يَا سَيِّدِى قَدْ فَرَّجْتَهُ، وَكَمْ مِنْ غَمٍّ يَا سَيِّدِى قَدْ نَفَّسْتَهُ، وَ كَمْ مِنْ هَمٍّ يَا سيِّدِى قَدْ كَشَفْتَه، وَكَمْ مَنْ بَلاَءٍ يَا سيِّدِى قَد صَرَفْتَه وَكَمْ مِنْ عَيْبٍ يَا سَيِّدِى قَدْ سَتَرْتَهُ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى كُلِّ حَال فِى كُلِّ مَثْوًى وَزَمَان وَمُنْقَلَب وَمَقَام، وَعَلَى هَذِهِ الْحَالِ وَكُلِّ حَال

Fakam min kurbin yâ Sayyidî qad farajatahu. Wa kam min hammin yâ Sayyidî qad kasyaftahu. Wa kam min balâin yâ Sayyidî qad sharaftahu. Wa kam min ‘aybin yâ Sayyidî qad satartahu. Falakal hamdu ‘alâ kulli hâlin fî kulli matswâ wa zamânin wa munqalibin wa maqâmin wa ‘alâ hâdzihil hâli wa kulli hâl(in).
Betapa banyak penderitaan, duhai Junjunganku, yang Engkau bahagiakan. Betapa banyak kesengsaraan, duhai Junjunganku, yang Engkau hilangkan. Betapa banyak kesulitan, duhai Junjunganku, yang Engkau lepaskan. Betapa banyak cobaan, duhai Junjunganku yang Engkau singkirkan. Dan betapa banyak aib, duhai Junjunganku, yang Engkau rahasiakan. Segala puji hanya milik-Mu puji dalam segala keadaan, tempat dan waktu, dalam keadaan ini dan segala keadaan.
.

اَللّهُمَّ اجْعَلْنِى مِنْ اَفْضَلِ عِبَادِكَ نَصِيْباً فِى هَذَا الْيَوْمِ مِنْ خَيْر تَقْسِمُهُ اَوْ ضُرٍّ تَكْشِفُهُ اَوْ سُوءٍ تَصْرِفُهُ اَوْ بَلاَء تَدْفَعُهُ اَوْ خَيْر تَسوُقُهُ اَوْ رَحْمَة تَنْشُرُهَا اَوْ عَافِيَة تُلْبِسُهَا، فَاِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ وَبِيَدِكَ خَزَآئِنُ السَّمَاوَاتِ وَالاَْرْضِ

Allâhummaj‘alnî min afdhali ‘ibâdika nashîban fî hâdzal yawmi min khayrin taqsimuhu, aw dhurrin taksyifuhu, aw sûin tashrifuhu, aw balâintadfa‘uhu, aw khayrin tasûquhu, aw rahmatin tansyuruhâ, aw ‘âfiyatin tulbisuhâ. Fa innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr. Wa biyadika khazâinus samâwâti wal ardh(i).
Ya Allah, jadikan aku tergolong kepada hamba-hamba-Mu yang memperoleh bagian yang paling utama pada hari ini dari: kebaikan yang Engkau bagikan, atau penderitaan yang Engkau hilangkan. kesulitan yang Engkau singkirkan, cobaan yang Engkau tolakkan, atau kebaikan yang Engkau curahkan, rahmat yang Engkau sebarkan keselamatan yang Engkau bungkuskan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Hanya di tangan-Mu semua khazanah langit dan bumi.
.

وَاَنْتَ الْوَاحِدُ الْكَرِيْمُ الْمُعْطِى الَّذِى لاَ يُرَدَّ سَآئِلُهُ، وَلاَ يُخَيَّبُ آمِلُهُ، وَلاَ يَنْقُصُ نَآئِلُهُ، وَلاَ يَنْفَدُ مَا عِنْدَهُ بَلْ يَزْدَادُ كَثْرَةً وَطَيِّباً وَعَطَآءً وَجُوْداً

Wa Antal Wâhidul Karîmul Mu’thî alladzî lâ yuraddu sâiluhu, wa lâ yukhayyabu âmiluhu, wa lâ yanqushu nâiluhu, wa lâ yanfadu mâ ‘indahu, bal yazdâdu katsratan wa thayyiban wa ‘athâan wa jûdâ.
Engkau Maha Esa, Maha Mulia dan Maha Pemberi. Engkaulah yang tidak menolak orang yang memohon, yang tidak menyia-yiakan orang yang berharap, yang tidak berkurang sedikitpun karunia-Nya karena orang yang mendapatkan, dan tidak akan habis segala yang ada di sisi-Nya. Bahkan bertambah banyak kebaikan-Nya, pemberian dan kedermawanan-Nya.
.

وَارْزُقْنِى مِنْ خَزَآئِنِكَ الَّتِى لاَ تَفْنَى، وَمِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ اِنَّ عَطَآءَكَ لَمْ يَكُنْ مَحْظُوْراً، وَاَنْتَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Warzuqnî minkhazâinikallatî lâ tafnâ wa min rahmatikal wâsi‘ah. Inna ‘athâaka lam yakun mahzhûrâ. Wa Anta ‘alâ kulli syay-in qadîr birahmatika yâ Arhamar râhimîn.
Karuniakan padaku dari khazanah-khazanah-Mu apa yang tak pernah musnah dan dari rahmat-Mu yang sangat luas. Sesungguhnya pemberian-Mu tidak pernah terhalang. Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.
(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 5)




MABIT DI MUDZALIFAH  

Mabit (Bermalam) Di Mudzalifah

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mengakhiri tempoh wukuf, jemaah haji akan berangkat ke Mudzalifah yang terletak 8 km di antara Arafah dan Mina. Mereka perlu sama ada berada sepanjang malam 10 Zulhijjah hingga ke pagi atau berada seketika selepas tengah malam.
 .
.

Amalan-Amalan Sunat

  1. Berdoa
  2. Berzikir
  3. Solat Sunat
  4. Mengutip anak-anak batu untuk ibadah melontar di Mina nanti.
 .
.

Pengecualian Mabit Jika Uzur

  1. Takut terancam keselamatan diri atau harta
  2. Menjaga atau menemani orang sakit
  3. Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
  4. Berpenyakit dan sukar bermalam
  5. Terpaksa
 .
 .

Dua Tempat Mabit

Mabit adalah berhenti sejenak atau bermalam beberapa hari untuk mempersiapkan segala sesuatu dalam pelaksanaan melontar Jamrah yang merupakan salah satu wajib ibadah haji. Mabit dilakukan 2 tahap di 2 tempat iaitu di Muzdalifah dan di Mina.
 .

a.  Tahap Pertama

Mabit di Muzdalifah dilakukan pada tarikh 10 Zulhijah, iaitu selepas tengah malam sehabis Wukuf di Padang Arafah. Mabit tahap pertama ini biasanya hanya beberapa ketika saja, iaitu secukup waktu untuk mengumpul atau mengambilkan 7 biji kerikil guna melontar Jamrah Aqabah.
 .

b.  Tahap Kedua

Mabit (bermalam) dilakukan di Mina dalam 2 hari  (11 dan 12 Zulhijah) bagi yang akan mengambil ‘Nafar Awal’, dan bagi yang akan mengambil ‘Nafar Akhir’ mereka bermalam di Mina selama 3 hari (11,12,13 Zulhijah) . Dari hari pertama sampai terakhir dari mabit di Mina ini adalah melontar ketiga Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah.
 .
.
 .

Dua Jenis Nafar

Nafar Awal

Nafar Awal bermaksud jemaah hanya melontar Jamrah selama 3 (tiga) hari sahaja, bukan 4 hari seperti Nafar Thani/Akhir. Disebut Awal kerana jemaah lebih awal meninggalkan Mina kembali ke Makkah. Jemaah haji yang melakukan Nafar Awal hanya menginap 2 malam di Mina dan meninggalkan Mina pada tarikh 12 Zulhijah sebelum matahari terbenam.
Jemaah Nafar Awal hanya melontar pada 3 hari dengan jumlah kerikil yang dilontar  sebanyak 49 butir.
 .
Jadual Jumlah Kerikil
NAFAR AWAL       Aqabah      Ula         Wusta             Kerikil
10 Zulhijah                          7 x                 -                      -                             7 Butir
11 Zulhijah                          7 x                7 x                  7 x                       21 Butir
12 Zulhijah                          7 x                7 x                  7 x                       21 Butir
Jumlah Kerikil                                                                 49 Butir
.
.

Nafar Thani/Akhir

Disebut Nafar Thani atau Nafar Akhir apabila Jemaah melontar Jamrah selama 4 (empat) hari pada tarikh 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Iaitu jemaah haji, bermalam / menginap di Mina selama 3 (tiga) malam dan meninggalkan Mina pada tarikh 13 Zulhijah.
Jumlah batu yang dilontar oleh jemaah Nafar Thani/Akhir adalah sebanyak 70 butir.
.
NAFAR SANI         Aqabah      Ula          Wusta             Kerikil
10 Zulhijah                          7 x                 -                       -                              7 Butir
11 Zulhijah                          7 x                7 x                  7 x                           21 Butir
12 Zulhijah                          7 x                7 x                  7 x                           21 Butir
13 Zulhijah                          7 x                7 x                  7 x                           21 Butir
Jumlah Kerikil                                                                    70 Butir
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته



MELONTAR 
 Melontar Jamrah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Perjalanan seterusnya ialah ke Mina sejauh 7 km untuk ibadah melontar bermula di Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijah, iaitu bersamaan Hari Nahar atau dipanggil juga Hari Raya Aidiladha.
Jemaah haji akan terus berada dan bermalam di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijah (hari-hari Tasyriq) untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah.
.
.

Tiga Jamrah

Al-Jamrah bermaksud tempat melontar batu di Mina. Terdapat tiga tempat melontar:
  1. Al-Jamratul Sughra (kecil) / Ula (pertama)
  2. Al-Jamratul Wusta (sederhana) / Thani (kedua)
  3. Al-Jamratul Kubra (besar) / Uqba (terakhir).
.
.

Melontar

  1. Melontar setiap ketiga-tiga jamrah itu dengan tujuh biji batu.
  2. Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  3. Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
  4. Waktu yang paling afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.
.
.

Syarat-Syarat Melontar

  1. Niat melontar jamrah tidak tersasar daripada tujuan sebenar.
  2. Hendaklah melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap jamrah.
  3. Hendaklah melontar dengan menggunakan batu atau jenis-jenisnya.
  4. Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan jamrah dengan yakin.
  5. Hendaklah melontar dengan gaya merejam, bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang.
  6. Hendaklah melontar dengan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut.
  7. Hendaklah melontar dengan tertib turutan, dimulai dari Jamratul Ula kemudian Jamratul Wusta dan diakhiri di Jamratul Aqabah.
  8. Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah melontar hari ke 12 melainkan sudah melontar bagi hari yang ke 11. Begitu juga tidak sah melontar untuk hari ke 13 kecuali setelah melontar hari ke 12.
  9. Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga jamrah untuk dirinya sendiri.
.
.

Melontar Jamratul Aqabah Pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar)

Waktu afdal – pada waktu Duha 10 Zulhijjah
Waktu diharuskan – Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
.
.

Melontar Jamarat Pada 11, 12 Dan 13 Zulhijjah Di Mina (Hari-Hari Tasyriq)

.

1.  Melontar Jamarat Pada 11 Zulhijjah

Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah
Waktu diharuskan - Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
.
.

2.  Melontar Jamarat Pada 12 Zulhijjah

Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah
Waktu diharuskan - Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
.
.

3.  Melontar Jamarat Pada 13 Zulhijjah

Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah
Waktu diharuskan - Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
.
.
Selepas solat Aidiladha pada 10 Zulhijah dan hari-hari Tasyriq, mereka yang berkemampuan sama ada di Makkah atau di seluruh bumi Allah ini disunat menjalankan ibadah korban bagi mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.
.
Selesai melontar, jemaah haji akan kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf Rukun diikuti bersaie antara Bukit Safa dan Marwah sebelum bertahlul (bergunting rambut) bagi mereka yang membuat Haji Tamatuk.
Manakala mereka yang melakukan Haji Ifrad hanya perlu melakukan Tawaf Rukun dan bertahlul sahaja.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته



DAM
 Dam (Denda Haji)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dam adalah denda atau tebusan bagi mereka yang berniat ihram haji atau umrah tetapi melakukan pelanggaran tertentu atau peraturan yang telah ditetapkan.
Dam tersebut dapat membebaskan diri mereka daripada peraturan atau pantang larang ihram.


Jenis-Jenis Dam

Dam-dam yang diwajibkan ialah:
1.  Dam Tertib dan Taqdir
2.  Dam Tertib dan Takdil
3.  Dam Takhyir dan Takdil
.
.

1.  Dam Tertib dan Taqdir

Dendanya ialah menyembelih seekor kambing. Sekiranya tidak mampu, wajiblah berpuasa selama sepuluh hari, iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari lagi di kampung sekembalinya dari tanah suci nanti.
.
Antara sebab-sebabnya;
a.  Mengerjakan Haji Qiran.
b.  Mengerjakan haji Tamattuk.
c.  Terlewat dari wukuf di Arafah.
d.  Memakai pakaian berjahit.
e.  Memotong rambut atau kuku.
f.  Menggunakan harum-haruman.
g.  Berciuman dan sentuhan syahwat.
h.  Melakukan larangan-larangan ihram.
 i.  Meninggalkan salah satu perkara wajib haji dan umrah.
 .
.

 2.  Dam Tertib dan Takdil

Takdil bermakna apabila seseorang tidak mampu memberi makan fakir miskin senilai satu unta, hendaklah digantikan dengan berpuasa selama 10 hari. 3 hari ditanah suci dan bakinya di tanah air.
Dam Takdil adalah:
a.  Denda bersetubuh setelah tahallul pertama atau sebelum selesai kerja umrah, ialah:
  1. Menyembelih seekor unta atau;
  2. Menyembelih seekor lembu atau;
  3. Menyembelih tujuh ekor kambing atau;
  4. Bersedekah makanan dengan nilai seekor unta kepada fakir miskin atau;
  5. Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan kerja-kerja haji atau umrahnya dan wajib qada pada tahun berikutnya.
.
b.  Bagi yang sudah berihram tetapi tersekat dalam perjalanan, berpenyakit atau dikepung oleh musuh hingga tidak dapat memasuki Mekah, hendaklah bertahallul ihsar dan damnya ialah:
  1. Menyembelih seekor kambing dan bergunting atau;
  2. Membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan diagihkan kepada fakir miskin tempat hahallul atau;
  3. Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing. Secupak bersamaan sehari puasa.
.
.

3.  Dam Takhyir dan Takdil

Takhyir bererti damnya boleh dipilih satu daripada perkara yang ditetapkan.
.
a.  Bagi yang membunuh haiwan atau binatang buruan di tanah suci dendanya ialah:
  1. Menyembelih binatang yang sama besarnya dengan yang dibunuh atau;
  2. Membeli makanan dengan nilai harga bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah atau;
  3. Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan binatang tersebut iaitu secupak sehari puasa.
.
b.  Menebang, mengerat atau mencabut tumbuhan di tanah Mekah, hendaklah bertahallul ihsar dan damnya ialah:
  1. Menyembelih binatang mengikut bilangan pokok yang dicabut, dikerat atau ditebang. Jika besar bandingannya lembu dan kambing sekiranya kecil. atau;
  2. Wang harga tafsirannya dibelikan makanan dan disedekahkan kepada fakir miskin di Mekah atau;
  3. Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan binatang tersebut iaitu secupak sehari puasa.
.
.

Pelanggaran Dan Denda

  1. Bertengkar dendanya menyembelih seekor kambing.
  2. Lelaki yang menutup kepala, dendanya menyembelih seekor kambing.
  3. Memotong rambut lebih dari 12 helai, dendanya menyembelih seekor kambing.
  4. Lelaki /wanita yang memakai haruman atau wangian dendanya bersedekah 1 mud.
  5. Wanita yang menutup muka atau tangan, dendanya menyembelih seekor kambing.
  6. Lelaki yang memakai pakaian biasa (berjahit), dendanya menyembelih seekor kambing atau berpuasa selama 10 hari; iaitu 3 hari di tanah suci dan bakinya di tanah air.
  7. Merosakkan tanaman di tanah suci, dendanya menyembelih seekor kambing.
  8. Berburu atau membunuh binatang buruan, dendanya menyembelih seekor kambing atau memberi makan 60 orang miskin atau berpuasa setiap fakir miskin satu hari puasa.
  9. Melakukan akad nikah atau menikahkan sebelum tahallul, awal dendanya menyembelih seekor kambing.
  10. Bersetubuh sesudah Tahallul Awal, hajinya batal dan wajib menyembelih seekor unta atau lembu atau puasa selama 10 hari. 3 hari di tanah suci Makkah dan bakinya di tanah air.

Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته




HIKMAH HAJI

  1. Menghapuskan dosa dan membersihkan jiwa.
  2. Mendapat keampunan dan ganjaran daripada Allah.
  3. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
  4. Memahami dan mengayati sejarah kecemerlangan Islam dengan mendalam.
  5. Melahirkan rasa syukur atas nikmat harta dan kesihatan yang diberikan Allah.
  6. Menimbulkan rasa keinsafan di dalam hati kerana ketika mengerjakan haji, kerana semua hamba Allah itu sama saja keadaannya dan tanggungan beban sama ada yang kaya, miskin, raja atau rakyat biasa.
 
;