Aidilfitri 2011 RPRK |
“The family is the school of duties - founded on love”
Dalam ayat sebelum ini menjelaskan bahawa agama yang membawa kejayaan hidup adalah agama yang lurus, betul, agama tauhid, yang mengajar pemeluknya agar beribadat kepada Allah semata - mata menjadikan sembahyang, ibadah dan perbuatan kebajikan, hidup dan mati seluruhnya untuk Allah. Inilah sebesar - besar kejayaan seseorang di dalam hidupnya.
Di dalam ayat yang lain Allah berfirman yang maksudnya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad) "Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu; iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun, dan janganlah pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang - orang yang dipuja dan didewa - dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka:'Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami ialah orang - orang Islam.”
(Surah Ali Imran Ayat 64)
Demikianlah ditegaskan oleh ayat di atas bahawa ketaatan dan kepatuhan mutlak hanyalah untuk Allah. Ibadah semata - mata untuk Allah. Tanpa ibadah, bererti gagal!
Menurut riwayat, seorang lelaki datang menjumpai Rasulullah SAW. dan berkata: “Wahai Rasulullah, dengan apakah saya dapat menjaga diri daripada neraka?” Rasulullah SAW. menjawab:
“Dengan lindungan air matamu.
” Tanya lelaki itu lagi: “Bagaimanakah caranya?” Rasulullah SAW. menjelaskan: “Cucurkanlah air matamu kerana takut kepada Allah. Sebab, mata yang menangis kerana takut kepada-Nya tidak akan mendapat seksa.”