Solat Sunat Nisfu Syaaban

Solat Sunat Nisfu Syaaban

Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat2 sunat Mutlaq, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah  segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

.

.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban

1.  Lafaz niat:
Daku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
.
3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
.
4.  Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:

5.  Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.
6.  Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.

Maknanya;

Solat Sunat Isyraq

Solat Sunat Isyraq


.
Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa.
.
.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
.
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya  ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.  Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
.
Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.”  (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)
.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.
.
.

Keutamaan Solat Isyraq

.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:

 مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

 “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.”  (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
.
Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’.
.
.

Keterangan Hadis

Keterangan lanjut tentang hadis di atas:
 .
  • Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’ mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat dhuha.
.
  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“. diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti’”  menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)
.
  • Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari terbit dan meninggi.”  (HR Muslim dan at-Tirmidzi)
.
  • Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid.
.
  • Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan.
.
  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah.
.
  • Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia mampu.
.
.
.
Cara Melakukan Solat Isyraq
.
1.    Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
        
.
2.     Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
.
3.     Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
.
4.     Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
                    Atau;
      Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.
.
5.     Selepas salam bacalah doa ini;

.

.

6.     Atau boleh dibaca doa ini;

Solat Sunat Asyura

Solat Sunat Asyura

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
.
Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan dua salam.
1.  Niatnya

.
2.  Bacaan selepas Al-fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas 11 kali
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 11 kali.
Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
.
3.  Selepas salam membaca 70 kali;

.
4.  Membaca doa Asyura;
  Rasulullah SAW mengamalkan doa di bawah selepas menunaikan solat:

.

Fadhilat Doa Asyura:

Sesiapa yang membaca zikir dan doa di atas, maka Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi jika ajalnya sampai pada tahun tersebut, tidaklah ia diberi taufik untuk membacanya.
Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”   (Riwayat Bukhari dan Muslim)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)

Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.
MelakukanSolat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan namaSolat Sunat Khusuf’ adalahsunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian. Solat Sunat Khusuf waktunya bermula ketika sedang berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan tamatnya gerhana itu. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.
.
Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
.
.

A.  Solat Gerhana Bulan (Khusuf)

1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.
.
2.  Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات

.
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :

اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء,  اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَات

.
.

B.  Cara Solat Sunat Khusuf

 Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:
.

1.  Cara Pertama

Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
a.   Rakaat Pertama

1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz.
4.       Membaca surah al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
b.   Rakaat kedua.
1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
.
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة

Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”
.

2.  Cara Ke-dua

Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
.
  1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
  2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana.
  3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
  4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
  5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
  6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
  7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’ (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at, atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
.
.

C.  Khutbah Solat Gerhana

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

 ”Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”  (Riwayat Bukhari r.a.)
.
.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.
.
.
Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari)

Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari)

.
‘Gerhana Matahari’ disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.
.
Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun’.
Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.
 .
Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.”
.
Galakan mengerjakan ibadah Solat Sunat Gerhana ini  berdasarkan banyak hadis berkaitan gerhana. Terdapat beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana, di antaranya adalah melakukan solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”
.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.”
.
.

Solat Sunat Gerhana Matahari

.
Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.
.
Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.
.
.

Waktu Solat Gerhana Matahari

.
Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
 . 
.
.

A.  Pelaksanaan Gerhana Bulan (Khusuf)

.
‘Solat Sunat Khusuf / Gerhana Matahari’ tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Dalam semua cara Solat Sunat Gerhana Matahari, hendaklah diperlahankan suara ketika membaca surah.
.
.
1.  Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

Daku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat Solat Sunat Kusuf tetapi bacaan Al Fatihah dan surah tidak boleh dijaharkan (dinyaringkan).
Dari Aisyah r.a. berkata:

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ  الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ  النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ  آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian Baginda mengangkat kepala dan mengucapkan “Sami’ Allahhu Liman Hamidah”, dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian Baginda rukuk dengan rukuk yang panjang, sedang rukuk ini berkurang dari rukuk pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana.”  (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali rukuk, tiga (3) kali rukuk atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;
.
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
.
.

B.  Ringkasan Cara Solat Sunat Khusuf

.
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) ini boleh dilakukan dengan 4 cara atau empat kaedah dan dalam solat ini bacaan Al-Fatihah dan surahnya dibaca dengan suara perlahan dan tidak dinyaringkan.
Secara ringkasnya Solat Gerhana / Solat Sunat Kusuf adalah seperti berikut :
.

1.  Cara Pertama

.
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) boleh dilakukan dengan cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana Solat Sunat Zuhur atau mana-mana solat sunat. Didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
.
.

2.  Cara Ke-Dua

.
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara ‘ ال أدنى ‘, iaitu ditunaikan dengan 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud pada setiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap Qiam itu.
.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu) kemudian rukuk dan berdiri tegak semula (qiam kedua).
Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian rukuk semula (dipanggil rukuk kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
.
.
.

3.  Cara Ke-Tiga

.
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara membaca tasbih dan surah panjang.
.
a.   Rakaat Pertama
.
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca Doa Iftitah.
3.       Membaca Ta`awwuz.
4.       Membaca surah al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
.
b.   Rakaat kedua
.
1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca Tasyahud Akhir.
11.     Memberi salam.
.
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة

Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”
.
.
.

4.  Cara Ke-Emapat

Cara keempat Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari), ia didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 4 kali Qiam, 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
.
  1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan membaca 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
  2. Disunatkan membaca dengan suara perlahan surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana matahari.
  3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca al-Fatihah dan surah, lalu rukuk.
  4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
  5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
  6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
  7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ  سَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ. 

“Ketika terjadi gerhana di zaman Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara solat gerhana memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat gerhana dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali rukuk dalam setiap raka’at, atau empat kali rukuk dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
.
.

Nota

  • Makmum yang tertinggal rukuk yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
.
.
.

C.  Khutbah Solat Gerhana :

 .
  1. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun telah selesai gerhana.
  2. Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir.
  3. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
  4. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.
Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

 “Seterusnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana.”  (Riwayat Bukhari r.a.)
.
.

Pertembungan Solat

.
Jika gerhana berlaku serentak dengan solat fardhu yang lain, maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling utama:
 .
  1. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
  2. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
  3. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat witir didahulukan solat gerhana.
 .
.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengadakan dan menunaikan ‘Solat Sunat Kusuf’ ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana matahari tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.
.
.
Matla’ Badrain.
  1. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1,  terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
  2. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
  3. Dr. Abdul Karim Zaidan,  Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
  4. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

Artikel Berkaitan:

  1. Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)  (Klik Di Sini)
  2. Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Khusuf  (Klik Di Sini)
  3. Khutbah Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf)  (Klik Di Sini)
  4. Gerhana Penuh Dan Solat Khusuf  (Klik Di Sini)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Solat Sunat Lailatul Qadar

Solat Sunat Lailatul Qadar

Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.
.
Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya.
.
.
Cara Melaksanakan Solat Lailatul Qadar
Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.
.
1.      Niatnya:
.
.
2.      Pada setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:
  1. Al-Takatsur    1  kali
  2. Al-Ikhlas       3  kali.
.
3.      Selepas memberi salam baca doa;

.
Rasulullah SAW bersabda: Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Solat Sunat Zawal

Solat Sunat Zawal

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Waktu  Zawal yang dikenali juga sebagai waktu Istiwa atau waktu rembang  ialah masa matahari berada tegak di atas kepala, iaitu apabila kita berdiri, tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita.
Ketika inilah, api neraka sedang menggelegak dan syaitan-syaitan berkeliaran. Oleh kerana itu waktu ini diharamkan mendirikan solat kecuali pada hari Jumaat. Waktu ini panjangnya dalam lima hingga 10 minit sebelum waktu Zuhur.
Kita juga disaran mendirikan Solat Sunat Zawal pada hari-hari biasa, di antara waktu selepas Zawal hingga tergelincir matahari anggaran sedepa, kerana ia adalah masa ijabah iaitu saat diperkenankan doa.
.
Solat Zawal ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan sejurus gelincirnya matahari iaitu sebelum mengerjakan solat sunat Qabliah Zohor.
Sekiranya Solat Sunat Zawal dikerjakan di rumah, hendaklah ianya direngkaskan dengan membaca surah-surah pendek agar tidak ketinggalan solat berjamaah di surau atau masjid.
.
.
 Cara Melakukan Solat Zawal
  1. Lafaz niatnya:-

.
       2.  Bacaan surah:
      Rakaat pertama, bacalah An Nashr (Izaaja).
      Rakaat ke-dua, dibaca Al Lahab.
 .
.
Zikir AL MALIK
- Maha Merajai dan Yang Mempunyai Kerajaan
Apabila dizikirkan AL MALIK setiap hari setelah tergelincirnya matahari (selepas Zawal):
  1. Sebanyak mungkin, InsyaAllah akan mendapati dirinya serba lengkap dan dicukupkan keperluannya tanpa bergantung kepada orang lain.
  2. Sebanyak 121 kali – InsyaAllah akan beroleh kekayaan dengan dibukakan  pintu rezeki dan segala pekerjaan yang dilakukan akan mendatangkan berkat.

Solat Sunat Awwabin

Solat Sunat Awwabin


Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.
.
.

Fadhilat Solat Awwabin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

 Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)
.
.

Doa Sebelum Solat Awwabin

Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:
 
.
.

CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT AWWABIN:

.
1.  Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabin
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:
 
Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah berikut:
1. Surah al-Qadr    1 kali
2. Surah al-Ikhlas   6 kali
3. Surah al-Falaq   1 kali
4. Surah al-Naas    1 kali
.
c.  Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!
.
d.  Baca lafaz berikut selepas memberi salam:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
.
.
2.  Solat Sunat Awwabin
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:
Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
.
.
3.  Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharah
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:
Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Ghasyiah, ayat 68 – 70
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ahzab, ayat 36 – 38)
.
c.  Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Solat Sunat Wuduk

Solat Sunat Wuduk


.
Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga dengan nama ‘Solat Syukur Wuduk’.  Jika kebetulan berada di masjid, maka boleh dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat ‘muqayyad’ iaitu solat bersebab yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan solat sunat.
Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.
.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh:
Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?”  Bilal menjawab: “Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.”  (Muttafaq ‘alaih)
.
.

CARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK

.
1. Solat Sunat Wuduk sebanyak dua raka’at amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk.
.
2. Lafaz dan niatnya ialah:

.
3. Bacaan surah selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua: Surah An-Nas
.
.

KEUTAMAAN SOLAT SUNAT WUDUK

Solat Sunat Wuduk memiliki keutamaan yang sangat besar sepertimana yang terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (SAW):
.
1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau
‘Uthman menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mendirikannya dengan khusyuk) nescaya Allah SWT akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu.”  (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
.
2. Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

“Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga.”

Solat Sunat Aidil Fitri

Solat Sunat Aidil Fitri

Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.
Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun dilapangan yang terbuka.
Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian.
Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
.

A.  Tujuan

Tujuan bersolat pada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT  kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan pengurungan syaitan.
Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing-masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim.
.

B.  Lafaz Takbir Hari Raya:

Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

.
Takbir Raya lengkap .. ‘Klik di sini’
.
.
C.  CARA SOLAT AIDIL FITRI
Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;
“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.”
.
1.  Niat:
.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun.
Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
.
.

D.  Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri

.
1.  Pada rakaat pertama:
a.       Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir  (اَلله ُ اَكْبَرُ) tujuh kali yang diselangi tasbih:
.
b.     Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah pilihan.
c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
.
.
2.  Rakaat ke-dua:
a.      Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
b.     Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
c.      Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
.
.

E.  Khutbah Solat Aidilfitri

Imam memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir   (اَلله ُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar;
1.     Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir.
2.     Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir.
Diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
.
.

F.  Perempuan

Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama, bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian hari itu, walaupun tidak ikut sama bersolat. Perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.
.
.

G.  Adab Solat Aidilfitri

    1. Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Aidilfitri sehinggalah baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan yang ganjil (tiga atau lima atau tujuh biji).”
    2. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid sekiranya tidak terlalu jauh.
    3. Pergi ke masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan jalan pulang, agar dapat bertemu dan bermaafan dengan ramai kenalan.
    4. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
    5. Bersedekah dan bertahlil secara jemaah selepas solat sunat Aidil Fitri.
    6. Membanyakkan membaca takbir, tasbih, tahmid memuji kebesaran Allah SWT.
    7. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri maka digalakkan bersalam-salaman kerana ia adalah cara terbaik memohon keampunan sesama insan.
    8. Apabila hari raya jatuh pada hari Jum’at, maka solat Jum’at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak tetapi untuk lebih afdal, khariah masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jum’at.
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 
;