Biodata Ringkas 25 Nabi Dan Rasul
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
.
‘Nabi’
adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan
membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk
menyampaikannya. Manakala ‘Rasul’ adalah manusia yang diberikan wahyu kepadanya untuk diamalkan dan diperintahkan untuk menyampaikannya. Setiap rasul adalah nabi akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul.
.
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
“Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan.” (QS. Al Ahzab : 45)
.
Manakala Junjungan besar kita, Muhamaad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah nabi dan rasul terakhir umat manusia.
.
Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ
مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ
وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Muhammad itu
sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi
Dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah Allah Maha
mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)
.
Sejak kecil kita seringkali mendengar dan
diceritakan kisah 25 nabi dan rasul. Semua kisah 25 nabi itu
secara umumnya sudah kita ketahui, namun kita tidak dimaklumkan bilakah
mereka itu hidup, usia, tahun kejadian dan peristiwa serta keterangan di
bumi negara manakah kisah mereka berlaku.
.
Firman Allah SWT :
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ
“Dan
Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di
antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada
(pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu.” (QS. Ghafir : 78)
.
Jumlah nabi dan Rasul bukan hanya setakat
25 orang saja tapi lebih dari itu. iaitu ada 124,000 orang, sebagaimana
disebutkan di dalam hadis berikut :
.
Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” (HR At-Tarmizi r.a.)
.
Firman Allah SWT:
وَكَمْ أَرْسَلْنَا مِن نَّبِيٍّ فِي الْأَوَّلِينَ ﴿٦﴾
“Berapa banyaknya nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat yang terdahulu.” (QS. Az Zukhruf : 6)
.
.
.
Bila Dan Di Mana Kehidupan Para Nabi?
.
Nama 25 orang itu hanyalah yang nama
mereka disebutkan secara istimewa di dalam Al-Quranul Karim. Terdapat
beberapa catatan, rajah dan analisa oleh para pengkaji sejarah tentang
anggaran masa hidup para nabi, lokasi di mana mereka tinggal dan
beberapa keterangan lain yang dicungkil berdasarkan keterangan, baik
dari Al-Quranul Karim, As-Sunah An-Nabawiyah ataupun fakta-fakta
sejarah.
.
Berikut adalah senarai para nabi dan biodata peribadi mereka masing-masing :
.
1. Nabi Adam
Dianggarkan Baginda hidup pada 5872-4942
SM di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon
disitulah Baginda pertama kali turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan
kaki ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia dan bertemu
dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah. Mereka terus menetap di
sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh para malaikat.
Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25
kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40
anak dan Baginda telah wafat di Jazirah Arabia.
.
2. Nabi Idris
Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari
keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup sekitar tahun
4533-4188 SM. Baginda diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di
Iraq dan Memphis. Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam
Al-Quran.
.
3. Nabi Nuh
Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin
Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk
Bani Rasib. Nabi Nuh telah dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-quran dan mempunyai 4
anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahawa Baginda
wafat di Makkah.
.
4. Nabi Hud
Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin
Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 2450-2320 SM. Kaum yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad
yang tinggal di Al-Ahqaf, Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali
dalam Al-Quran. Dan diriwayatkan Baginda wafat di Timur Hadhramaut,
Negeri Yaman.
.
5. Nabi Shaleh
Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari
keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun
2150-2080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di
Madain Shalih, Makkah.
.
6. Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari
keturunan Sam bin Nuh. Baginda dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822
SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di
Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil,
Hebron, Palestin.
.
7. Nabi Luth
Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur
dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang tinggal di negeri Sadum,
Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali dalam
Al-Quran. Baginda mempunyai 2 anak perempuan dan Baginda meninggal di
Desa Shafrah di Syam, Palestin.
.
8. Nabi Ismail
Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur
dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1911-1774 SM dan dianggar menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda
tinggal di Amaliq dan qabilah Yaman, Makkah. Nama Baginda disebutkan
sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda
meninggal tahun 1779 SM di Makkah.
.
9. Nabi Ishaq
Nabi Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur
dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil
Palestina. Nama Baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam Al-Quran.
di dalam Al-Quran mempunyai 2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron,
Palestina.
.
10. Nabi Ya’qub
Nabi Ya’qub bin Ishaq bin
Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat
menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada
Bani Israil di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam
Al-Quran dan mempunyai 12 anak. Baginda wafat di Alkhalil Hebron,
Palestina.
.
11. Nabi Yusuf
Nabi Yusuf bin Ya’qub
bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1745-1635
SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak lelaki
dan 1 anak perempuan. Baginda wafat di Nablus Palestina.
.
12. Nabi Syu’aib
Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin
Madyan bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1600-1490 SM
dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aykah Madyan. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Madyan.
.
13. Nabi Ayyub
Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari
keturunan Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1540-1420 SM.
Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestin. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 26
anak. Baginda wafat di Huran di Syam.
.
14. Nabi Zulkifli
Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari
keturunan Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus &
sekitarnya. Nama Baginda disebutkan sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran.
Mempunyai 2 anak. Baginda wafat di Damaskus Syiria.
.
15. Nabi Musa
Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub
bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1527-1408 SM dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah
kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 2 anak.
Baginda wafat di Tanah Tih.
.
16. Nabi Harun
Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub
bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1531-1408 SM dan
diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah
kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil Mesir. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih.
.
17. Nabi Daud
Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari
keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai 1 anak dan
meninggal dunia di Baitul Maqdis, Palestin.
.
18. Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid
dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Baginda wafat di Rahbaam
Baitul Maqdis, Palestin.
.
19. Nabi Ilyas
Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari
keturunan Harun bin Imran. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di Ba’labak di Syam.
Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda
tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah.
.
20. Nabi Ilyasa’
Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan
Yusuf bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda Baginda hidup pada tahun 885-795
SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Baginda ditugaskan
berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam.
Nama Baginda disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda
wafat di Palestin.
.
21. Nabi Yunus
Nabi Yunus bin Matta dari keturunan
Bunyamin bin Ya’qub. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
820-750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa
di Iraq. Nama Baginda disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran.
Baginda wafat di Ninawa di Iraq.
.
22. Nabi Zakaria
Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari
keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda hidup
pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda
disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai
seorang anak sahajan dan Baginda wafat di Syam.
.
23. Nabi Yahya
Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim
dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda Baginda
hidup pada tahun 1SM – 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M.
Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama
Baginda disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Dan wafat di
Damsyik, Syiria.
.
24. Nabi Isa
Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari
keturunan Sulaiman bin Daud. Baginda Dianggarkan Baginda hidup pada
tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Baginda
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin Nama Baginda
disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Baginda juga tidak wafat
melainkan diangkat ke sisi Allah.
.
25. Nabi Muhammad
Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul
Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda Dianggarkan Baginda
hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M.
Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta.
Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 5 kali
di dalam Al-Quran. Baginda mempunyai 7 orang anak dan wafat di
Madinah.
.
Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ
أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ
النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Bukanlah
Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang
sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul
Allah dan kesudahan (penutup) segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (QS. Al Ahzab : 40)
.
Demikianlah sejarah ringkas 25 nabi dan rasul. Semoga boleh menjadi rujukan yang bermanfaat.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه