بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas
seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum
agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT.
kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan
Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa
yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian
dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan
menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa
terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan
memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang
akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa
insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka
mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat
atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih
afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.
Fadhilat Taubat:
.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.
CARA SOLAT TAUBAT
.
1. Niat Solat Taubat:
Daku mengerjakan solat Sunat Taubat dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
.
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)!
Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang
yang aniaya (zalim).
.
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
Daku mohon ampun kepada Allah yang
Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.
Daku memohon ampun kepada Allah yang
Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang
banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat,
menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup
dan kebangkitan.
.
c. Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada
Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah
hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah
setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala
kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat yang
Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka
ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
5. Baca Doa Taubat
.
…dah BESAR !
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه