KEUTAMAAN SOLAT JEMAAH
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akanmenambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat .”
( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )
Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang pertamanya dalam solat isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya pembebasan dari api neraka .” ( HR Inbu Majah )
Dari Utsman, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa solat isyak dengan berjemaah, maka ia laksan solat malam setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh dengan berjemaah, maka ia laksana mengerjakan solat malam sepanjang malam .”
( HR Muslim dan lafaz ini ada pada sisinya) dan Abu Dawud dengan lafaz : Maka ia laksana solat malam separuh malam. Dan barangsiapa solat isyak dan solat subuh dengan berjemaah maka bererti ia telah melakukan solat malam sepanjang malam. Hadith ini disahkan oleh Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah, dan mengikuti zahir riwayat Muslim, iaitu : Sesungguhnya solat subuh dengan berjemaah, pahalanyalebih dari solat isyak dengan berjemaah, lafaz hadith ini ada pada Abu Dawud memperkuat hadith tersebut .
Dari Abi Darda’ , ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya ia melihatmu. Hitunglah dirimu dalam menghadapi kematian. Jauhilah olehmu dari doa orang-orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doa orang tersebut akan dikabulkan. Barangsiapa di antara kamu dapat menghadiri dua solat wajib, iaitu isyak dan subuh, sekalipun dengan merangkak, hendaklah ia lakukan .” ( HR Thabrani )